08 December 2015

STRAWBERRY COKLAT

ASSALAMUALAIKUM...


Agak lama wani tak main celup strawberry dengan coklat. Adik wani baru pulang bercuti dari cameron highland..ada la dia beli dalam 2 kotak strawberry, katanya nak cari tempat murah pun habis survey, sebab banyak kedai kat sana..kalau ada kat pasar pun, mesti ada yang buruk. Wani dah pesan jangan beli kalau ada salah satu rosak, sebab strawberry ni kalau 1 rosak habis yang lain pun berjangkit. 

Last sekali, dia pergi petik sendiri, baru puas hati ,, ingatkan murah jugaklah main petik ni, agak mahal jugak rm 12.00 sekotak pun sikit jugak.. Barang atas sana pun mahal jugak,, ubi keledek pun 3 kg dalam 20 ringgit.. Bonda wani ni terus cakap baik beli bawah bukit dari atas bukit. Kat bawah bukit ni tak de lah semahal tu hii. Gemuk- gemuk lagi.. Yang atas bukit dah la kurus - kurus ubi keledek.. :D .. Peniaga ni pun mungkin korek awal sangat tahula kan tempat pelancong ramai datang.. Baik tunggu ubi tu nak berisi kasihan pulak kurus - kurus je ubi .. strawberry biasalah bila atas bukit je manis, turun bukit terus jadi masam..memang buah manja.. Nampak je merah menyala ingatkan manis.. dari makan saja macam tu, ada lebihan coklat, cairkan dan celup dengan strawberry, baru ada keseimbangan masam dan manis.. 

Wani tunggu keras sikit sebab nak ambil gambar.. Lagi sedap kalau celup dan terus ngap..

Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign