13 December 2015

TANG YUAN

ASSALAMUALAIKUM.....


Ini lagi satu hidangan pencuci mulut orang cina yang dah lama wani tak buat.. Bila last buat eh agak dah beberapa tahun dah. Wani suka dessert macam ni sebab simple dan tak guna santan.. Lagipun nak buat sirap gula tu pun mudah sangat.. Macam kuih melayu kita mesti dengan santan kan.. Contoh  kuih badak berendam, kuih puteri mandi .. Macam - macam lah..

Kuih ni sebenarnya wani buat 2 versi yang plain dan yang ada inti kacang merah.. Lepas bulatkan tu wani tinggal sekejap sebab nak buat kerja lain.. Sebab dah lama sangat kat luar, tekstur tepung pulut tu dah kering jadi crack .. Masa nak masakkan bebola pulut dalam air panas ni dah tak cantik la sebab merekah  sana sini. Nampak filling kat dalam tu.. Tak jadi la wani nak tayang kat sini nanti lain kali buat untuk ada filling tu.. Sebab tak puas hati hii.. Lagipun filling red bean tu ada lagi sebekas tak usik..

Bebola pulut ni dah macam warna warni nak buat putih saja tak apa jugak.. Tapi kalau rasa nak naik seri lagi buat lah colorful.. Untuk satu adunan ni agak sikit.. Tambah la dalam 3 cawan kalau keluarga ramai..sebab 1 cawan tak cukup ..  Bahayanya sebab tak puas gigit .. Tak sempat gigit dah telan dah ..senangkan resepi ni.. 

TANG YUAN
SUMBER: NOOB COOK

BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air
pewarna secukupnya

BAHAN-BAHAN UNTUK SIRAP GULA
halia dalam 1/2 inci diketuk ( kalau rasa tak suka bau halia, tak payah masukkan tak apa )
1 liter air
gula melaka ataupun gula batu atau gula perang atau gula putih secukup rasa
2 helai daun pandan diikat

CARA-CARA
1. masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut .( jangan masukkan semua air ) gaul sehingga doh tak melekat dan boleh diuli
2. bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna bagi setiap doh .. uli doh sehingga warna menjadi sebati dalam doh .
3. bulatkan menjadi sebesar saiz guli..
4. didihkan air dalam periuk sekadar dapat tenggelamkan bebola pulut
5. setelah air mendidih, masukkan bebola pulut tadi ke dalam periuk dan tunggu sehingga terapung tanda dah masak
6. sediakan air sejuk di dalam mangkuk besar dan masukkan bebola pulut yang dah masak
7. untuk sirap gula, masukkan semua bahan ke dalam periuk dan didihkan sehingga semua gula cair dan sebati
8. untuk menghidang, ambil sedikit bebola pulut ke dalam mangkuk dan masukkan sirap gula
Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign