08 November 2015

TOFU LEMBUT DENGAN SESAME OIL

ASSALAMUALAIKUM...


lamanya dok mengidam nak makan tofu lembut... pasarraya yang biasa wani dok pergi tu tak jual .. kalau ada pun dekat mydin ..lama dah tak pergi mydin sebab susah nak parking.. pasar raya nirwana ni, ada tempat untuk parking teduh pulak tu.. dah lama tak buat sedap makan masa tengah panas2 tu.. sejuk kurang sedap .. sebab dah sejuk .. sesuai lah untuk sesiapa yang nak berdiet.. kali ini wani buat versi letak udang kering dengan sesame oil.. sesiapa yang suka bau sesame oil boleh la cuba resepi ni..

resepi ni tak susah sebenarnya, ada orang suka makan tofu ni sejuk2 macam ala dessert gitu.. kalau ada daun bawang ke , daun sup ni lagi tabur kat atas tu lagi sedap... cara nak keluarkan tofu ni sebenarnya ada cara tapi kadang2 wani keluarkan tak cantik jugak rosak sikit atas tu.. tak apalah asalkan jangan hancur sudah masa nak keluarkan dari kotak hii.. selamat mencuba..


TOFU LEMBUT DENGAN SESAME OIL
SUMBER: HASUE
SUMBER: BUKU RESEPI

BAHAN-BAHAN

1 kotak tofu lembut
segenggam udang kering direndam dan dihiris halus2
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 tangkai lada merah besar dibuang biji dan dicincang halus
2 sudu teh minyak bijan
1/2 sudu teh serbuk lada putih
sedikit garam
kicap cair atau kicap manis secukupnya
bawang putih goreng secukupnya (optional )

CARA-CARA
1. keluarkan tofu lembut dari kotaknya.. hati- hati bila nak keluarkan . letak atas pinggan lain.
2. Lumurkan tofu dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada putih
3. Steamkan selama 10 minit, ketepikan
4. Panaskan sedikit minyak bijan dan minyak masak ke dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan  udang kering hingga wangi
5. masukkan lada besar merah cincang dan gaul lagi sebati dan masukkan kicap dan air sedikit.
6. letakkan topping tadi atas tofu, ratakan san sedia untuk dihidang, best makan terus.. nanti sejuk tak sedap.. kalau ada bawang putih goreng yang segera boleh tabur kat atas tu lagi crunchy bila gigit. 




Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign