14 November 2015

BEYOND TRANSLATION EXTENDED- EP1


dah lama tengok iklan kat tv pasal program terbaru di astro oasis BEYOND TRANSLATION .. yang dihoskan ole Miss Nina.. dah lama dah tak tengok miss nina keluar tv selepas rancangan sebelum ni ALWAYS A TRAVELLER - RECLAIM YOUR HEART ..start hari ini, pada setiap hari sabtu pukul 10 pagi akan tayang kat astro oasis.. tak tahulah mungkin dalam 6 episod

suka tengok perubahan miss nina sekarang.. kalau dulu wani kenal dia hanya sebagai penyanyi.. pernah wani cakap dalam hati .. bila la nak terbuka hidayah .. sebab tengok kalau dia menari atas pentas memang ligat.. tapi sekarang, masyaAllah makin lama makin dekat dia dengan Allah.. wani rasa satu-satunya artis dia berhijrah tetapi dia terus mencari dan mencari.. mencari apa .. mencari keredaan Allah ..tengoklah dari program ALWAYS A TRAVELLER  dan sambungan ke BEYOND TRANSLATION .. hari ni dah tengok episod pertama.. tengok dia menangis sampai kita sendiri pun nak nangis.. sebab dia cakap sepanjang 30 tahun hidup dia hanya untuk music dan kalau orang tanya dia nak baca surah Al- Baqarah pun dia tak boleh nak baca.. alhamdulillah perlahan2 dia tengah belajar baca Al Quran dan tajwid dengan sempurna.. kali ini partner miss nina ialah ustadh Nouman Ali Khan


Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign