19 November 2015

AKHIRNYA MENANG 'WIN A CAKE " CONTEST

ASSALAMUALAIKUM...



Wani percaya rezeki Allah tu ada di mana - mana.. Samada nilai tu nampak kecil ataupun besar .kenalah menghargai sebaik mungkin.. Semalam tengah online dapat comment dari Kelab Cinta Ketuhar dekat facebook,  yang wani telah menang ' win a cake' contest.. Saja suka - suka nak masuk contest tu. Contest tu pasal berkenaan share tip - tip untuk baking.alhamdulillah bulan lepas lagi berlangsungnya contest ni.. agak berdebar jugak siapa pemenang sebab tak ade apa2 news dari team KCK

Banyak jugak penyertaan dari orang lain.. Baca tip - tip dari orang lain pun mantap - mantap semua.. Dalam contest ni wani hanya sharekan tip yang wani dah biasa buat macam gambar kat bawah ni.. kalau wani rajin, wani akan buat tip macam ni.. tak nak kek merekah dan nak suruh kek kekal lempap..siapa- siapa nak follow tip ni boleh follow. yang ni wani DIY je kain nak balut kat loyang tu..potong towel kitchen hii. kat kedai baking ada rasanya .. tapi orang kata agak mahal..


yang mushkilnya hadiah kek tu betul ke..kalau kek sungguh macam mana la nak post kat kelantan ni.. baru-baru ni birthday wani.. wani tak sambut pun potong kek pun tidak ..kiranya ini hadiah kek hari jadi surprise gitu. suka la surprise macam ni hii.. apapun terima kasih team KCK kerana pilih saya sebagai pemenang.. 
Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign