21 October 2015

MASAK LOMAK LONG SOU CHOY

ASSALAMUALAIKUM....



salam semua

mesti terkejut apa benda long sou choy tu hii..

ada kisah di sebalik nama "long sou Choy " ni..senyum kambing kalau teringat :D..  hujung minggu lepas ,wani pergi keluar dengan bonda saja nak bershopping dekat Billion kat depan sekolah Lundang tu.. jarang2 jugak nak pergi kat situ sebab jalan nak pergi sana banyak rempuh traffic light...biasa  kalau nak cepat sangat kat Kubang Kerian pun dah ada 2 supermarket lagi dekat sebenarnya.. sebab urgent ada benda nak beli kat sana kan.. tapi sayur mayur yang tak ada kat supermarket Kubang Kerian ni, memang akan ada kat Billion.. sayur pun pelik2 sebab tak pernah wani tengok.. kalau kebetulan ada, ada la.... ..

bila time pergi kat sayur corner, bonda wani dia macam terkejut nampak pucuk labu,, dia cakap lah tapi sebenarnya tu bukan pucuk labu.. *masa tu wani belum tahu lagi tu bukan pucuk labu, lepas research baru tahu  hii BONda cakap bukan senang nak jumpa pucuk labu ni ..dia pun dah berpuluh tahun tak makan terkejut sebenarnya.. bab sayur pucuk labu ni rasanya wani tak pernah buat lagi.. huuu.. harga pun murah dalam 99 sen , lepas tu tengok kat plastik nama "long Sou Choy" wani dah pelik ohh dalam hati nama kot mandarin kot bahasa cina..tapi sekali tengok dah macam pucuk labu...  sayur kat sini banyak yang tulis mandarin kalau jenis sayur orang cina makan.. suka jugak sekali sekala beli kat sini ..sebab kalau rasa nak beli ada bahan masakan cina ..kat sinila wani refer.. tempat lain tak ada sangat...




lepas tu , balik rumah bonda ada cakap la nak bersihkan tu buang bulu2 halus kat batang tu.. wani tengok tak ada bulu2 pun .. x de kemusykilan apa2 pun masa tu...hii sayur ni wani buat masak lemak la sebab bonda teringin sangat la nak makan macam arwah nenek wani buat dulu... jadi akhirnya sayur ni pun jadi masak lomak,wani guna tauhu ganti kan ubi keledek manis sebab ada stok tauhu jer masa tu.. wani pun ambil semangkuk cuba eh sedaplah sayur ni... cuma macam kena rebus lama sikit nak bagi lembut.. lepas tu saja nak browse cari apa maksud long sou choy tu.. ohh. rupanya tipah kena tipu la ni..:D pucuk labu siam rupanya ..sekali tengok macam pucuk labu sampai bonda pun tertipu ingat kan pucuk labu adoii...  tengok gambar kat atas ya credit to google.. labu siam ni pun sekali jer wani masak buat goreng .. saja la nak test try .. lepas makan labu siam ni perut wani rasa kembung,, wani kurang sikit bab2 labu ni ..

oklah ya dah panjang bercerita .. jom semak resepi masak lomak long sou choy,, rasa macam dah lama tak masak sayur lemak macam ni.. sayur masak lomak ni sangat mudah nak buatnya, kena pelihara lah masakan tradisi ni .. kalau rasa rindu memang akan buat ..

MASAK LOMAK LONG SOU CHOY ( PUCUK LABU SIAM )
SUMBER : DARI DUNIA DAPURKU

BAHAN-BAHAN

5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
2-3 jemput ikan bilis dibasuh dan toskan
500ml santan ( wani guna santan pekat dalam 6 sudu besar dicampur dgn 500ml air )
200ml air
secekak pucuk labu ambil daun dan batang yang lembut sahaja.. potong sederhana panjang sikit basuh dan toskan
2 keping tauhu dipotong ( kalau ada ubi keledek oren tu lagi sedap )
garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA
1.bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus
2. sediakan periuk, letak pes bahan yang ditumbuk tadi dan santan serta air 200ml
3. masukkan ikan bilis dan tauhu yang dipotong, letak garam sikit nak bagi naik rasa lemak.pasang api sederhana dan kacau selalu santan tu sampai mendidih
4. seterusnya boleh masukkan pucuk labu siam, kacau sebati , biar didih lama sikit sebab lambat nak lembut sikit.
5. kalau nak tambah garam dan gula secukup rasa boleh tambah .. bila nampak sayur dah lembut boleh tutup api.


Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign