24 October 2015

KEK KURMA MOIST ( EGGLESS )

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua

selamat berhujung minggu.. keadaan jerebu macam mana ok ke.. kat sini ingat tadi nak hujan lebat tapi hujan tak turun sangat.. Itu pasal jerebu, intai pulak kat blog dah lama tak update resepi kat let's masak.. malas sebenarnya sebab kena taip.. dah la kat blog kerja typing dah.. kat let's masak pun nak main taip lagi huu .. memang seronok jugak kat sana.. kalau la dia  buat boleh letak link blog kan senang macam kongsi resepi tu..

teruskan entry hari ini, tengok buah kurma sejak dalam puasa lagi ada lagi berbaki dalam peti.. tak nak jugak simpan lama2 .. ni buat kek ni pun masih ada berbaki lagi.. kali ini buat kek yang eggless ..dulu wani buat kek kurma letak telur kali ini tak letak telur pulak.. emm memang moist.. tapi ada wani derhaka sikit resepi ni.. kalau ikut resepi dia, wani musykil sebab guna baking soda saja.. macam dah langgar prinsip baking .. wani dah ubah kepada satu sudu teh baking powder dan  2 x 1/8 sudu teh

kalau tengok gambar kat bawah ni wani dah lama praktikkan tip ni..tu pun baca kat web pasal baking tip..  dah lama pulak tak main balut towel basah dekat loyang..disebabkan kek ni tanpa telur, takut jugak nanti bakar terlalu kering dan merekah, jadi wani ambil alternatif buat macam ni... bila buat macam ni kek naik sama tinggi , lembap dan tak merekah.. sebab towel basah tu jaga kelembapan.. kalau ada orang tanya tak hangus ke towel tu.. setakat ini yang wani bakar dalam ni tak la sampai terbakar..hii  kalau dia kering towel tu macam hangus sikit. tapi taklah hangus sangat... wani tutup tu sampai ke bawah ada setengah orang dia belit je dengan kain basah takdelah sampai meleret macam wani buat tu ya.. terpulang lah kalau rajin buat lah macam wani.. 10 minit terakhir terpaksa tutup takut hangus atas,, bukak balik lepas timing habis tak masak lagi.. bakar lagi dalam 3 minit baru masak ..tu sebab ada 2 lubang kat tengah kek hii sebab kena cucuk..

senang je kek ni simple, kacau2 dan tak de telur lagi.sape2 ada stok kurma lagi tu boleh la buat kek ni..



KEK KURMA MOIST ( EGGLESS )
SUMBER: SARANUR74
SUMBER: MYRESEPI OLEH ADURA

BAHAN-BAHAN
1 cawan susu kotak /UHT ( wani guna susu cair )
3/4 cawan gula halus ( next time 1/2 cawan gula )
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum
18 biji kurma yang lembut (kalau kurma keras, boleh rendam dengan susu semalaman) (wani guna 17 biji)
1 sudu teh baking powder
1/8 x 2 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanila ( tak letak )
1 genggam kecil gajus tumbuk halus  ( optional )

* tepung gandum, baking soda dan baking powder diayak 

CARA- CARA

1. buang biji kurma dan kisar kurma hingga halus dengan sedikit air. masukkan kurma dalam bekas mxing
2. masukkan bahan cecair, minyak, gula dan susu. gaul sehingga sebati.
3. masukkan tepung yang telah diayak dan esen vanila. gaul perlahan sampai sebati dan masukkan cashew nuts. kalau tak suka tak payah letak, tapi cashew nuts ni bagi kek rasa lemak
4. tuang ke dalam loyang 6 x 6". dan bakar dalam 35 minit atau sehingga masak  ke dalam oven yang telah dipanaskan suhu ikut oven masing-masing.
5. test dengan lidi sekiranya tak melekat boleh terus keluarkan ..sekiranya tak masak lagi sambung bakar beberapa minit
6. boleh keluarkan dari loyang apabila dah suam - suam kuku..


Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign