HOMEMADE SOS PENCICAH THAI

ASSALAMUALAIKUM...



salam semua

hari ni dah hari jumaat terakhir 1436 Hijrah.. rasa rabu depan masuk bulan islam yang baru..sekejap jer masa ..kita pun sekarang dah bulan 10. malam ni mengantuk sangat tapi  cuba update apa yang patut..

Hari tu teringin nak makan popia tapi nak buat homemade sos pencicah sendiri. Sebelum ni wani ada buat versi tumis , jadi sos tu macam naik minyak la atas permukaan tu. rasa macam tak suka pulak.. Nak macam dalam botol tu .. Fikir jugak macam mana dimasak tak naik minyak wani ingat semua sos kena tumis hii.. Minta tolong dgn pak google terjumpa la resepi sos pencicah thai ni.. Kali kedua dah wani buat ni memang sedap semua orang kata sedap.. Tapi kali pertama buat dulu derhaka pergi blend lada merah besar, jadi hasilnya sos terlebih merah. Kalau boleh nak light2 merah .. Tak la merah menyala sangat. 

Kali ni cuma tak blend bawang putih sebab rasa nak ada macam ketulan2 bawang putih .. Rasa macam nak gigit bawang putih tu boleh la buat macam ni ditambah lagi ada bijan ..waduh sedap sungguh sos ni.. Resepi asal tak letak bijan tapi saja pergi letak sebab suka bijan.lagi lama simpan lagi berperisa sos ni.. Tapi tak pernah la simpan lebih 3 hari kat suhu bilik sebab hari kedua tu ada buat cucur ikan bilis cicah dgn sos ni.. Habis terus hii.. Rasa kalau nak tahan lama letak dalam peti lah. Biasa yang dalam botol ni kita letak kat luar pun tak apa sebab tengok kat bahan tu ada letak pengawet.mudah sangat buat sos sebenarnya. 

Ada lebihan sos kali pertama buat dulu, bonda  cakap sedap yang tu sebab merah.. Kedua - dua sedap.. Nanti kalau rasa puas tengok macam ni, kita buat versi merah menyala pulak...kalau nak light2 merah macam ni mcm sos thai kan .. Boleh lah cuba resepi ni. Kalau ikut resepi asal sos macam pekat, wani nak ringan2 pekat .. Jadi kali kedua buat ni guna 1 cawan air. Kalau nak macam pekat, ikut resepi asal. Ok selamat mencuba

BAHAN - BAHAN 
SUMBER: BALANNAMBIAR

3 tangkai lada burung siam ( kalau nak pedas tambah la ya yang ni pun dah ringan2 pedas )
Bawang putih 3 - 6 ulas dicincang halus ( kalau tak nak banyak kurangkan, wani letak banyak sebab ada orang suka makan bawang putih )
1 cawan air  ( resepi asal 3/4 cawan )
1/2 cawan gula pasir 
1/4 cawan cuka 
1/2 sudu besar garam 
1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air
Bijan 1 - 2 sudu besar ikut suka

Kesemua bahan guna sukatan metrik

CARA - CARA 

1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.
3. Bila mula mendidih masukkan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos . Sos perlu sentiasa di kacau  selama  1 minit.nanti nak tutup api masukkan bijan dan kacau rata.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.






















Post a Comment

Previous Post Next Post