15 October 2015

BROWNIES "KEDUT" CONFIRM MENJADIIII

ASSALAMUALAIKUM...



salam semua

salam maal hijrah 1437 buat semua dah masuk kalendar islam yang baru dah.. semoga azam baru tahun ini sentiasa dalam keberkatanNya .. tak kisah la azam apapun asalkan niat yang baik kan..

tajuk kat atas kemain.. hii insyaAllah kalau betul2 ikut resepi ni gerenti menjadi.. rata2 testimoni orang yang dah cuba memang menjadi.. mula2 wani risau jugak kan.. tak pernah2 buat brownies jadi kedut tau.. yang post kat blog ni tak pernah jadi kedut ..tapi tekstur brownies tu ada.. dah banyak entry dah post pasal brownies tak ada nak jadi kedut2 hiii. lepas tu fikir tak apa la tak jadi kedut pun asal tekstur brownies tu ada .. bukan keras macam biskut ... brownies ni satu jer kalo nak jadi kedut.. jangan kurang gula... kebanyakan resepi kena pakai gula banyak.. kurang lagi habisssss .. no kedut2...

resepi nampak senang,sukatan untuk gula pun tak banyak sangat,  tapi nak bagi kedut tu jual mahal sungguh .. kedut jugak yang laku sekarang ni.. alhamdulillah , baca tekun macam study nak buat brownies punya pasal.. macam ahli sains la kita ni kat dapur.. tuang bahan tu tuang bahan ni..main kacau2..nasib tak meletop kan :D  akhirnya kedut pun muncul jugak akhirnya .. wani rasa  macam nak melompat2 tengok dalam oven tu dah nampak kedut .. hiii

terima kasih buat AFZAN MOHD.. resepi brownies dia jadi viral kat facebook ....memang betul apa yang dia cakap , tekstur brownies ni tak terlalu cakey, gooey atau fudgy..tak jugak underbaked semuanya just nice. aahh macam tu lah.. siapa2 yang pernah buat brownies tak pernah jadi kedut tu... jom cuba resepi ni .. sebelum nak mula ..bismillah dan selawat banyak2.. biar niat kita ni suci murni hiii..macam wani ni ,, first time buat terus jadi kedut.. syukurlah..


kalau nak tengok step by step bergambar boleh klik link kat bawah ONE BOWL BROWNIES..  kat situ siap terperinci arahan dia .. study betul2 ya. setakat ni  bagi wani dah puas hati ,,maklumlah first time nampak kedut brownies dalam oven kemain happy sangat.. sebenarnya ikut biasa wani bakar brownie sebelum ni , suhu biasanya guna 150 C, tak pernah bakar dalam suhu 160 c, tapi nak cuba ikut suhu yang dia bagi jugak. Alhamdulillah ok la tu ada kedut dan  tak la overbaked..Dan wani  rasa coklat chunks kat dalam brownies tu yang membuatkan tekstur brownies tu gooey sikit. Kalo potong panas2 mesti cair leler..dan ini kali pertama wani guna agak mahal sikit serbuk koko tu brand van houten.. untuk brownies  yang kotak paling besar tu pun dalam RM 24.00.. lebih..tak ingat sampai setengah kilo ke tidak.. sebab rata2 bahan untuk buat brownies yang betul2 menjadi kena bahan standard sikit.. entahlah.. rasa next time buat nak test serbuk koko timbang.. harap2 menjadi jugak...dan selamat mencuba kepada yang nak buat brownies ni




BROWNIES "KEDUT"
SUMBER : FACEBOOK AFZAN MOHD , ONE BOWL BROWNIES

BAHAN 1
100 gm butter suhu bilik ( boleh guna butter cup or real butter (csc dll )
100 gm gula biasa
90 gm gula perang
2 biji telur

BAHAN 2
40gm dark chocolate button jenama beryls ( atau apa -apa jenama favorite ) wani guna milk compound chocolate 
secubit nescafe

BAHAN 3
100gm tepung gandum
40gm serbuk koko ( guna serbuk koko van houten )
3gm garam ( wani tak letak )

* kesemua bahan tepung ini diayak dan digaul sebati dengan spatula

BAHAN 4
90 gm dark chocolate button jenama beryls

p/s : kalau boleh pastikan guna periuk yang berat atau berkualiti sikit, nanti panas dia lebih sekata

CARA- CARA

1. masukkan gula, gula perang dan butter bersama. panaskan di atas  api perlahan  sampai butter cair kena selalu kacau jangan sampai gula tu caramelized
2. bila sudah ada nampak macam ada lapisan minyak di permukaan, berhenti kacau. proses ni penting untuk buat kedut2 yang menggoda tu.
3. tambah telur ketika masih suam, kacau sehingga sebati, adunan akan jadi likat.
4. kemudian ketika masih suam, ( penting buat ketika masih suam supaya coklat cair ), masukkan coklat button 40gm dan secubit nescafe. kacau sehingga coklat cair dan sebati
5. coklat ni penting juga untuk dapatkan permukaan kedut yang licin dan berkilat
6. tukar kepada spatula, masukkan tepung yang dah dicampur bersama dan diayak. kacau secara kaup balik, sehingga licin
7. selepas siap, masukkan tepung tunggu sekejap 5 minit,nak bagi adunan tu suam-suam kuku.lepas tu baru masukkan dark coklat button 90 gm. kacau secara kaup balik, sekali dua sahaja.
8. tuangkan ke dalam loyang 8 x 8 atau 7 x 7 boleh tapi tebal sikit  yang telah dialas dengan parchment paper.kalau nak letak topping kacang atau coklat button boleh letak.. tapi sebelum tu kacang perlu dipanggang sekejap
9. bakar pada suhu 160C  dalam 25 minit sahaja. jangan overbake nanti jadi biskut.tentang oven ni kena faham dengan suhu oven masing-masing. yang pasti suhu kena rendah ya

untuk loyang ni, wani guna 9 x 9 


TIPS KEDUT

1. Butter dan gula jangan sampai gelegak, bila dah cair tutup api, kacau2 sedikit masukkan telur
jangan masukkan telur ketika panas, nanti masak kurang kilat

2. masuk coklat 40 gm dan tepung ketika masih suam2 panas

3. jika sudah masuk dalam bekas untuk dibakar, jangan biar diluar terlalu lama, kedut kurang

4. jangan biarkan ketulan coklat kat atas tu, nanti coklat cair merebak tak kedut

5. paling penting, jangan underbake, tak kilat dan tak kedut

6. jangan overbake juga, kilat tapi keras

7. nak alas loyang tu guna kertas parchment paper kalau tak nak brownies melekat.  sebab ada 2 jenis kertas baking..

Komen
15 Komen

15 comments:

Wattie said...

Assalamualaikum Wani,
Tahniah kerana anda telah berjaya menghasilkan brownies kedut yg sempurna :)

Wattie said...

Assalamualaikum Wani,
Tahniah kerana anda telah berjaya menghasilkan brownies kedut yg sempurna :)

Bbwana adienia said...

assalam wani..wow..nak sedap dan menarik brownies kedut tu..memang tengah top brownies ni..wana belum try lagi..nak buat juga nanti.. :)

anajingga said...

wani, tahniah nampak cantik dah brownies nya;)

aini hidayu said...

Boleh ke guna salted butter..n kenapa gula perang tu mcm x cair je..

Wani Sukarno said...

boleh jer ni guna salted butter.. sy guna buttercup.. dah tengok step by step kat one bowl brownies tu?,, kacau gula tu hingga sebati bukan terlebih cair ..sebab tu tip penting nak suh bagi kedut kat atas tu.. harap membantu :)

jamaluddin jaffar said...

wani, kalau guna white compound boleh?

Wani Sukarno said...

ganti choc compound dengan white compound ke? tapi nak guna serbuk koko macam tu ke>>..kurang arif pulak ..tapi ratanya brownies ni guna serbuk koko..

Unknown said...

Guna api atas bwh ka bwh shj

Unknown said...

Guna api atas bwh ka bwh shj

Wani Sukarno said...

saya guna api atas dan bawah

Kina Kina said...

Assalamualaikum Wani, semasa masukkan telur ke dalam mixture butter dan gula.. Masih atas api dapur ke atau tidak?

Wani Sukarno said...

wassalam,, tak payah dah, jangan pasang api dah, lepas cair mixture butter dan gula terus tutup api..:)))

ROS MUZERY said...

Salam cik wani.. Sy nk tnye, 40g compound choc ke atau 400g

Wani Sukarno said...

@ROS MUZERY wassalam itu 40gm ya bukan 400 gm tu banyak sangat :))))

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign