29 October 2015

FOOD REVIEW: ROTI TITAB @KOPITIAM KITA

ASSALAMUALAIKUM


salam semua

Kat sini dah sejuk sampai ke tulang semalam tak berhenti hujan.. Dah mula Amaran peringkat kuning, sebab musim tengkujuh dah bermula dah.. Esok dah 1 november.. Hari ni last oktober dah.. Sekejapnya dah nak habis hujung tahun.

Tanpa melengahkan masa, lamanya tak buat food review pasal jalan-jalan cari makan... macam la asyik nak makan kat luar,,hii kali ini rasa kalau orang pernah dengar pasal KOPITIAM KITA, ataupun tak pernah dengar..kali in singgah kat kedai kopitiam kita yang cukup cukup popular..  wani kadang-kadang, walaupun rakyat kelantan.. tak semua la wani tahu  the best makan place ni.. ada dengar daripada mulut orang ada terbaca viral dekat facebook. I LOVE KELANTAN instagram.. banyak sumber la jugak.


sampai lebih kurang dalam hampir pukul 10 pagi jugak.. KOPITIAM KITA ni lokasi dia agak tersorok sikit sebab masuk lorong, kedai dia bukan terletak kat tepi jalan besar, jadi nak nampak signboard tu susah la memang tak nampak.. siapa2 ada waze atau apa2 app nak bagi guide kat mana lokasi kopitiam kita boleh guna pembantu .. wani pergi pun drive agak terkedepan dah terlepas lorong..

masuk jer masih agak ramai orang .. tak kira pelbagai kaum, india, chinese, melayu dan siam .. ternampak meja  hujung sana pun ada tourist mat saleh. baru jer melabuhkan punggung, terus datang pekerja dia.. memang servis tip top.. jadi kami order lah roti titab yang cukup popular ni .. nak tahu la rasa macam mana orang dah lama dok viral sana sini.. wani ambil roti titab kosong .. yang dua orang lagi ambil roti titab yang ada poached egg kat atas...

sambil tunggu tu, terpandanglah, THE WALL OF FAME .. betul -betul kat depan wani.. ramai selebriti malaysia yang pernah datang sini.. ada Dato K, dan Dato Siti, Heliza Helmi, Lisa Surihani dan Yusry,, tak kira juga ahli politik yang datang.. semuanya diabadikan dekat sini bersama dengan pemilik.. owner kopitiam kita ni orang cina , Mr.N.H Wong..tetapi pekerja ada orang cina ada orang melayu..satu malaysia yang bekerja..  dan semestinya makanan kat sini halal


tak sempat nak pergi kat depan tu ada apa ,,sebab ada bakul-bakul kecil yang dipenuhi dengan nasi-nasi yang dibungkus. kuih muih, pun ada. mesti semua nak tahu apa yang istimewanya roti titab ni .. bila dengar nama titab wani pun tak tahu la maksud apa.. tapi roti ni memang hak cipta terpelihara dari owner dia sendiri.. copyright gitu

roti titab ni simple macam roti bakar dengan disapu mentega ke marjerin,, macam bau butter pun ada  dan diletak nyonya kaya .. kalau roti titab kosong .. dia akan letak dalam lima tompok.. kalau roti titab telur dia akan letak dalam empat tompok.. inilah rupanya macam kat bawah.. agak lama dah wani tak makan kaya sebenarnya ni dengan roti.. sedap tu sedap tapi agak manis sikit.. dan roti dia memang crispy.. tekan jer dengan garpu .krupp krap.. letak dalam mulut lagi crunchy sekejap hii.. roti dia tebal ya .. bukan roti sandwich biasa tu..


telur separuh dia memang betul2 poached egg tak terlebih masak atau kurang masak.. just fine.. walao ,,wani dah jadi pengkritik makanan sungguh.. tak pelah  kritik makanan je pun... hii ..pasal harga tu kena datang sini baru boleh tahu ya .. tak tahulah sampai pukul berapa buka tapi terdengar sumber start 7:30 pagi sampai 1:30 tengah hari 



Sesiapa yang nak singgah,boleh lah tengok alamat kat bawah..


KOPITIAM KITA
4357-A, Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu
Opening hours : 7:30 am - 1:30 pm

Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign