28 September 2015

TIP UNTUK REMPAH TAHAN LAMA

ASSALAMUALAIKUM....


Salam semua

Cuti sekolah dah bermula..mesti ramai dah planning nak pergi bercuti ataupun balik kampung.. Tapi musim sekarang musim jerebu.. Berhati2 dengan keadaan jerebu.. Udara kotor sekarang ni pun boleh mengundang pelbagai penyakit. Berita tak habis2 isu jerebu ni.. Isu macam ni tak habis kalau manusia sendiri tak ambil berat.. Oklah kalau nak cerita panjang pasal jerebu mesti boring orang nak dengar

Hari ni Nak buat coretan pasal rempah sikit, wani rasa semua orang pun mengalami masalah yang sama.. Lepas masak, rasa kat lidah ehh  apasal tak ada rasa apa2 ni.. Macam bland je masakan kita.. Macam  dah hilang dah rasa rempah tu kan.. Rasa dah letak banyak..macam dah tak ada bau kan.. Siapa pernah mengalami masalah macam tu.. Lebih - lebih lagi melibatkan rempah. Akui alami masalah yang sama.. Terutamanya rempah ni beli banyak2 lepas tu guna sikit.. Lepas tu nak guna balik lagi 2 minggu pulak hiii.kalau ikut cara wani simpan ,separuh ada simpan kat luar, separuh dalam peti.. 

Apa yang wani selalu buat kalau melibatkan rempah biji2 tu ..terutamanya bab2 nak perap, wani akan sangai rempah2 tu lagi bau rempah tu keluar harummm jer. Nasib rajin nak menyangai.. Sebab jarang beli serbuk rempah2 macam serbuk jintan manis atau jintan putih tu.. Kalau bab serbuk rempah tu jarang sangat nak guna. Itu yang tip wani biasa buat dan kalau bab penyimpanan tu lagi penting sebenarnya.. Nak bagi tahan lama.. Terjumpa yang blog ni ada bagi tip supaya rempah tahan lama.. 

Sumber SINI

Sebenarnya ada macam2 faktor yg menyebabkan rempah ni tak tahan lama / cepat rosak.  Faktor paling utama, ialah cara penyimpanannya.
Secara umumnya, rempah ratus yang telah dikeringkan mempunyai jangkahayat yang lama; iaitu antara 1 – 1 setengah tahun (kalau simpan ditempat biasa), atau antara 3 – 5 tahun (kalau simpan kat dlm peti ais). Tarikh luput yang ada pada peket2 rempah adalah untuk panduan kita. 


OK, kali ni nak kongsi serba sedikit tips cara penyimpanan rempah ratus yang betul supaya tahan lama:-
  • Simpan rempah di tempat yang dingin dan kering. (Kelembapan, cahaya matahari dan panas membuat rempah ratus lebih cepat kehilangan aroma.)
  • Elakkan menyimpan rempah pada tempat yang terdedah secara terus kepada cahaya matahari.
  • Untuk menjaga rempah yang dibeli dalam jumlah banyak agar segar lebih lama, masukkan dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam peti ais.
  • Cahaya, udara, panas, dan kelembapan adalah musuh utama rempah-rempah, maka rempah-rempah harus selalu berada di tempat yang kering dan gelap (err,bukan lembap yer…)
  • Memanggang rempah adalah 1 lg cara untuk menghilangkan kadar minyak di dalamnya. Hasilnya, rempah-rempah akan lebih tahan lama. Erm, nak panggang macammana?… sangai sahaja rempah2 tersebut atas kuali kering. selain tahan labih lama, rempah-rempah yang disangai/panggang akan lebih sedap rasanya & wangi aromanya.
  • Kalau peket rempah tu dah dibuka, maka baki rempah tersebut “WAJIB” disimpan didlm bekas yg bersih & diletakkan didalam peti ais. kalau simpan kat luar, mmg x tahan & akan cepat hilang aroma.
lagi satu bagaimana nak tau rempah tu disediakan dgn cara bersih atau tidak, tengok pada masakan kita, kalau masakan kita yg menggunakan rempah tersebut tahan lama, maka insyaAllah ini bermakna rempah tersebut bersih cara pembuatannya. (tapi dgn syarat, masa kita masak tu kita pun jaga kebersihan & persekitaran kita. 
Komen
3 Komen

3 comments:

anajingga said...

panduan yang berguna wani :) tq so much .

Ahmad Hasif said...

rajin juga menyaalai yer..
bgus info yg dikongsi ni..

Blogwalking sini..

Blogahbar

seri akmad said...

yg simpan tepat kedap tu sy x buat la...kene beli tupperware banyk2 nmpknya ni

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign