04 September 2015

SHANGHAI MOONCAKE

ASSALAMUALAIKUM...


Percubaan pertama wani buat mooncake..dah lama dah simpan dalam hati suatu hari nak buat jugak.dah bertahun2 dah simpan hii.. Akhirnya keberanian datang jugak.. Sebelum ni wani ada tengok dan baca kat web jer cara nak buat tu. sebab bukan kuih orang melayu tu.. Kita orang melayu tak pernah nak belajar buat.. Kita kan 1 Malaysia, mestilah kena cuba... Tapi disebabkan semangat berkobar2 kan.. Cubalah nak buat... Kuih ni sangat istimewa di kalangan masyarakat cina pada musim mid autumn. Biasanya jatuh pada 27 hb september setiap tahun.. Macam2 bentuk kuih bulan sekarang inti pun dah macam2.filling dia yang begitu manis dan kerak kat luar tu pun nipis..sebab itu kuih ni dihidang bersama chinese tea. 

Sebagai permulaan wani buat yang bentuk bulat sahaja .. Istilah lain shanghai mooncake. yang ni kalau first beginner mesti kena try yang nih. Lepas master yang ni, barulah kita pergi ke step yang seterusnya..emm hasilnya kat luar memang nicely golden brown.. Ok part tu dah suka..cuma kerak dia tu tebal sikit bila potong.. Rasa lagi nipis lagi sedap.. Tapi ada jugak orang suka tebal. Tak kisah lah.. Anak tekak masing2. Nak kena try kali kedua..cuma yang beza nya untuk adunan pastry wani buat awal.. 3 hari dalam peti baru wani terajin nak buat hiii... Sebenarnya tak nak ambil masa lama kalau buat hari yang sama.. Sebab banyak nak main gentel bulat2. 

 first trial wani try buat 4 biji dulu nak tengok jadi ke tidak. Yang selebihnya pastry simpan dalam peti sejuk.. Pastry ni tahan lama pernah baca dalam 1 bulan jugak . buat awal pun boleh simpan dalam freezer. Oklah ya jom tengok resepi yang wani dah olah sikit ikut  kesesuaian


SHANGHAI MOONCAKE
SUMBER: GUAI SHU SHU

BAHAN-BAHAN

80 gm butter potong kiub dan simpan balik dalam peti sejuk untuk digunakan kemudian
1 biji kuning telur
200 gm tepung naik sendiri
40 gm gula castor
30 gm tepung kastard
20gm susu tepung
1 -2 sudu besar susu cair ( depend kalau masa gaul adunan tepung tu masih kering kena tambah sampai adunan lembut dan boleh dibentuk )

FILLINGS
pes kacang merah secukupnya atau filling lain kegemaran anda ( lebih kurang 400gm )
bijan secukupnya

EGG WASHING
1 biji kuning telur + 1 sudu besar susu cair

LAIN-LAIN
sedikit bijan untuk hiasan


CARA-CARA
1. untuk kaedah bebola filling. pes kacang merah perlu ditimbang bulatkan untuk 45 gm setiap bebola.golek atas bijan dan ketepikan
2. untuk kerak, dalam satu mangkuk, ayak tepung naik sendiri bersama tepung kastard dan masukkan gula castor dan susu tepung
3. masukkan butter direct daripada peti sejuk dan guna hujung jari untuk membentuk serdak
4. masukkan kuning telur, kacau dan terus masukkan susu cair  sejuk direct dari peti
5. uli dengan lembut sehingga boleh dibentuk. sekiranya doh  masih kering tambah susu cair sikit demi sikit sehingga mencapai adunan boleh dibentuk jadi bebola.sejukkan dalam peti 30 minit
6. bulatkan sebanyak 40 gm setiap doh dan ambil filling letak atas doh yang telah digelek. kemaskan dengan perlahan - lahan sehingga menutupi bebola filling tadi dan  letak atas papercup
7. habiskan kesemuanya dan sapu eggwash terus masuk dalam oven yang telah dipanaskan selama 10 minit.
8. selepas 10 minit, keluarkan egg wash untuk kali kedua dan boleh letakkan bijan sebagai hiasan
9. masukkan balik dalam oven dan bakar dalam 10 - 15 minit sehingga perang keemasan ( masa membaking bergantung kepada saiz mooncake anda )

cerdit gambar redcooknet


NOTA
nisbah berat filling dan doh adalah lebih kurang macam yang wani buat kalau nak nipis.. kalau nak crust tebal,  nisbah doh dan filling lain.. pastry ni bila bakar dia lagi naik.. kena pandai sesuaikan ikut citarasa masing-masing 

resepi ni wani buat eggwash 2 kali untuk dapatkan warna golden brown macam tu

cara nak balut filling macam gambar kat atas 





Komen
1 Komen

1 comment:

Ruzita Idias Ismail said...

oo.. terima kasih wani..

jemput singga blog akak : http://ruzitakitchen.blogspot.com

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign