15 September 2015

SHANGHAI MOONCAKE PART 2

ASSALAMUALAIKUM...



salam semua

Sekarang ni tengah musim jerebu, area sini baru sampai semalam, sejak pagi dah nampak dah, 2 hari yang lepas elok je mentari keluar, hari ni dah macam mendung dan dalam keadaan jerebu.sebelum ni tengok dalam berita tempat lain dah lama jerebu. Nasib Pergerakan angin yang perlahan lambat sampai kat sini tapi sampai jugak, ingat tak sampai dah.. Teruk benar dah nampak ni.. Inilah penyebab kerakusan tangan manusia sendiri ..kesan pun kat manusia sendiri.. Semoga cepat2 jerebu hilang..

Oklah muqaddimah dah habis, masuk topik seterusnya,entry tertangguh,  masih ada baki lebihan pastry yang buat mooncakes hari tu.bulan lepas lagi lepas tu simpan separuh,  bulan ni guna yang separuh lagi. frozenkan dalam peti, lepas tu  nak guna esok malam tu keluarkan letak dalam peti bawah sekejap.. nak bagi hilang sikit kebekuan tu..dan esok boleh thaw kat suhu bilik sebelum guna ... elok2 je pastry .. pernah baca pastry kalau nak frozenkan tahan dalam 3 bulan.. kalau letak dalam peti bawah dalam 3 hari nak guna tak apa lagi.. tapi kalau nak simpan lama, better simpan frozenkan pastry tu...so far ok pastry tu

Ini kali kedua buat tapi yang ni banyak crack sikit sebab pergi tambah masa balik lepas 10 minit pertama, ingatkan nak suruh lama sikit, tengok nak tercrack terus keluarkan patutlah dalam resepi dia suruh keluarkan lepas 10 minit pertama, tak nak bagi crack rupanya.rest la sekejap sementara nak buat egg wash kali kedua.. Yang ni pergi bakar dalam 30 minit main 3 kali jugak la masuk oven.. Filling pun masih sama red bean paste. Pergi terbeli 2 bekas.. Gunalah yang tu. Makin lama makin seronok la buat mooncakes biarpun versi bulat.. 


Ada tip nak bagi crust dia tu nipis.. Nisbah filling dengan crust kena seimbang .. Yang ni pergi buat 45 : 40 gm iaitu filling : dough.. Tengok tu kan crust masih tebal la.. Wani nak nipis lagi. Bagi orang yang suka crust ketebalan macam ni dah ok dah nisbah ni. Next time kena buat 45 : 45 gm , filling : dough. Kadang2 bila bulat2 kan tu masih  rasa tak seimbang lagi.Apa pun dah cuba. 



SHANGHAI MOONCAKE
SUMBER: GUAI SHU SHU 

BAHAN-BAHAN

80 gm butter potong kiub dan simpan balik dalam peti sejuk untuk digunakan kemudian
1 biji kuning telur
200 gm tepung naik sendiri
40 gm gula castor
30 gm tepung kastard
20gm susu tepung
1 -2 sudu besar susu cair ( depend kalau masa gaul adunan tepung tu masih kering kena tambah sampai adunan lembut dan boleh dibentuk )

FILLINGS
pes kacang merah secukupnya atau filling lain kegemaran anda ( lebih kurang 400gm )
bijan secukupnya

EGG WASHING
1 biji kuning telur + 1 sudu besar susu cair

LAIN-LAIN
sedikit bijan untuk hiasan


CARA-CARA
1. untuk kaedah bebola filling. pes kacang merah perlu ditimbang bulatkan untuk 45 gm setiap bebola.golek atas bijan dan ketepikan
2. untuk kerak, dalam satu mangkuk, ayak tepung naik sendiri bersama tepung kastard dan masukkan gula castor dan susu tepung
3. masukkan butter direct daripada peti sejuk dan guna hujung jari untuk membentuk serdak
4. masukkan kuning telur, kacau dan terus masukkan susu cair  sejuk direct dari peti
5. uli dengan lembut sehingga boleh dibentuk. sekiranya doh  masih kering tambah susu cair sikit demi sikit sehingga mencapai adunan boleh dibentuk jadi bebola.sejukkan dalam peti 30 minit
6. bulatkan sebanyak 40 gm setiap doh dan ambil filling letak atas doh yang telah digelek. kemaskan dengan perlahan - lahan sehingga menutupi bebola filling tadi dan  letak atas papercup
7. habiskan kesemuanya dan sapu eggwash terus masuk dalam oven yang telah dipanaskan selama 10 minit.
8. selepas 10 minit, keluarkan egg wash untuk kali kedua dan boleh letakkan bijan sebagai hiasan
9. masukkan balik dalam oven dan bakar dalam 10 - 15 minit sehingga perang keemasan ( masa membaking bergantung kepada saiz mooncake anda )

Nota: yang ni pergi bakar dalam 30 minit, tiap kali keluar dari oven setiap 10 minit, sapu egg wash. Last nak egg wash letak bijan sebelum masuk oven  



Komen
2 Komen

2 comments:

zila norazila said...

akk teringin plak nk buat mooncake..adoii...camne nie..

zila norazila said...

akk teringin plak nk buat mooncake..adoii...camne nie..

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign