02 September 2015

NOXXA PRESSURE COOKER

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua.. 

sebelum tu .. happy merdeka malaysians!!!...masih lagi bulan merdeka.. semoga aman bahagia Malaysiaku..  dah lama dah ni simpan dalam draft. x sabar nak post pulak.. . nak publish tu lambat sikit sebab tuan blog tak berapa sihat.. jarang nak datang selsema ni.. ni dah 2 kali dah  datang..last kali kedua ni terpaksa telan ubat ..tak selesa hidung asyik tersumbat jer..huuu 


dah lama dah nak bercerita pasal hal ni... wani rasa semua orang dah tahu pasal noxxa pressure cooker nih.. wani jugak yang terlambat train..hii.. kalau ada yang tak tahu tak apa, wani akan cerita .sebab excited sangat ni kot, kena cerita jugak.sebelum ni ada jugak la terbaca di blog orang lain pasal noxxa ni. kalau wani tahu dulu sememangnya amat berbaloi ada noxxa pressure cooker.. duluuu lagi dah beli dah.. tapi itu la, kita ni kalau produk2 ni main fikir 2 -3 kali baru jer fikir.. beli tak tahu lagi nak ke tak.. dah lama kot tak tambah gadget dapur .. bila terfikir nak masak main rebus tulang ke, yang jenis masakan guna bahan yang lambat nak empuk, memang susah betul.. tambah lagi nak rebus atas dapur.. memang wani surrender sungguh lambat.. periuk noxxa ni pun baru awal bulan 8 rasanya... terlintas nak beli sebab pressure cooker lama dah tak berapa nak berfungsi. 

wani akui sejak ada noxxa ni kerja kat dapur menjadi lebih mudah dan cepat.. dan semangat pun berkobar2 nak mencuba resepi guna periuk noxxa ni sebab macam2 boleh buat.. periuk magic.. memang perlu ada di setiap dapur untuk keperluan family..  sebelum terima periuk noxxa ni ..wani dah join group noxxa kat facebook.. senang sikit nak bertanya pasal periuk ni dan tip2..dan juga perkongsian resepi.. banyak jugak perkongsian dari member kat sana..  walaupun harga tu 3 kali ganda..nak banding tengok kat kedai biasa...  tapi serius wani cakap memang berbaloiiiiiii...sangat sesiapa yang ada noxxa ni... 

ini adalah resepi masih lagi try and error yang wani buat guna noxxa.. sebab kadang2 resepi orang takut tak masuk anak tekak kita.. gambar atas tu wani buat nasi dagang, try test 2 cawan dan guna mode "steam" 4 minit.. sejak ada noxxa ni dah 3 kali dah buat nasi dagang. kalau dulu main kukus la bonda atas dapur lagi makan masa berjam2.. sekarang dah tak risau dah kalau anak tekak terasa nak makan nasi dagang hari ini pun boleh buat .. dan tak payah risau pasal rendam2 dulu beras tu.. cepatkan.. wani pun macam tak percaya jer.. nasi pun tak pecah.. sebab guna mode "steam"



yang ni try buat bingka kentang,, bakar dalam periuk noxxa..mode "steam" 25 minit.  bila dah mula bakar dalam ni ,,rasa malas dah nak guna oven.. dan malas dah  nak main loyang hii habis serba malas, guna jer innerpot  periuk noxxa tu lagi mudah dan tak melekat.. cuma permukaan atas tu tak berapa hangus tapi dah ok masak ..kalau kita bakar dalam oven, kita boleh nak garingkan kat atas tu .. tapi yang ni  acceptable . Lepas steam dalam noxxa pindah masuk dalam oven nak garingkan bahagian atas pun x pe..





Wani ada test kurma ayam masa ni  buat mode " high pressure" 15 minit tak silap..rasa dah macam empuk sangat ayam..sebab terbaca kari ayam pun dah buat HP 8 minit.. Wani buat 15 minit tu sebab takut tak masak.. Tak pernah cuba lagi hii yang 8 minit.. Yang sebelah kana  tu asam pedas ikan pari .. Mode high pressure dalam 10minit.. Masih lagi try and error ni.. 





Popcorn hanya dalam 1 minit mode high pressure tapi wani pergi test dalam 2 minit.. Nak kata hangus tu taklah jugak..kadang2 wani lebihkan masa dari resepi asal.. Nanti boleh la kita buat perbandingan.






Ayam karamel.. Tak pernah la nak cuba resepi ni guna kaedah biasa.. Sebab kaedah biasa kena karamelkan gula atas dapur.. Tapi ni first time panggang ayam guna bahagian tertentu jer.. Nak try.hasilnya ayam yang dipanggang dalam noxxa ni moist ,ia tak kering macam guna oven. Walaupun kita garingkan kat bahagian luar ayam tu. nanti nak cuba lain kali sebab nampak sedap kalau makan dengan sos bbq.. Kalau guna bahagian kepak ayam saja tu lagiii sedap sebab terasa flavornya tu dalam ayam.. Macam makan chicken wings kat domino pizza.. Ayam karamel ni main guna mode hp jugak dalam 15 minit setiap bahagian lepas tu buka tudung balikkan ayam.. Sampai la masak.. Sebelah kiri tu try buat daging kurma.. Wani pernah try guna daging import masak dalam noxxa .. Kena lama sikit dalam 35 minit.. Nak banding daging tempatan ..daging import kan ia liat sikit tapi puas hati sebab tak sakit gigi dah makan haaa..


 

Maggi goreng dalam 3 minit.. Caye tak.. Pernah buat bihun goreng sebelum ni try buat mode steam 4 minit tapi macam dah nak kerak sikit kat bawah.. Try test guna untuk maggi goreng buat 3 minit elok2 jer masak lepas tu mode stir fry nak bagi goreng..yang last sekali tu wani try test nasi dagang untuk 1 kilo sebab ada tetamu bertandang..yang ni pun ingatkan kena jugak dalam 4 minit sebab sebelum ni buat 4 minit... Hairan sebab last minit nak habis tu wap tak keluar rupanya kena tambah 3 minit lagi sebab 1 kg masak tu air banyak..



kali kedua buat bingka pandan 25 minit dan sebelah tu bubur lambuk tak ingat dah berapa minit sebab wani tak ikut resepi sangat.. tapi hasilnya sedap..  ..lama dah teringin nak makan bubur lambuk buat sendiri.kalau nak buat periuk biasa tu lambat lagi la. banyak lagi yang wani ingin kongsikan guna noxxa ni.. memang terbaik.. nanti boleh la nak tunjuk step by step pulak

Komen
7 Komen

7 comments:

Norma NML said...

Menarik...serba boleh

Lita Jana said...

Hi sis,pls share maggi goreng recipe using noxxa pressure cooker. Tq

Wani said...

InsyaAllah ada kelapangan masa saya akan tunjuk :)

ibuyati said...

Sapa yg dah ada periuk nih gunalah semaksima mungkin kerana memasak menjadi serba cepat dan menjadi suka memasak. Sapa yg belum ada, belilah noxxa sebelum harga naik.Pm akak di 019-2494819 pd siapa yg blum ada. Harga rm670 free 4 ebook resepi masakan guna noxxa.

Norlia Yusof said...

Share la lagiik

Norlia Yusof said...

Share la lagiik

Wani Sukarno said...

Nanti akan dishare lagi resepi biasalah periuk ni kena banyak main ngestest

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign