12 September 2015

LIGHT CHEESECAKE WITH PINEAPPLE SWIRLS

ASSALAMUALAIKUM...


SALAM SEMUA

Selamat berhujung minggu. Hari ni mesti semua sudah tahu berita yang menyayat hati.ya Allah wani baru tahu pagi tadi.takziah buat mangsa yang terlibat.. Tak sangka pulak perkara ni nak berlaku .sejak tahun 2011 lagi masa wani pergi umrah.. Pembinaan dah start. Sampai sekarang tak habis habis lagi. Sampai ke bila la nak siap2. Jangan ambil remeh tempat pembinaan ni.. Kat situLah bahaya paling banyak. Mudah2an ada hikmah di atas apa yang terjadi .mungkin kerajaan arab saudi perlu memantau dengan lebih teliti lagi semoga kejadian yang tidak diingini. berlaku sekali lagi..  

Oklah hari ni nak share light cheesecake.resepi masih sama.. Bila wani dah mula terlekat dengan resepi ni .. Memang resepi ni la yang guna.. Cuma topping atas tu berlainan sikit . Kali ini swirl dengan pineapple paste.. Masih ada lagi berbaki jem nenas buat biskut masa raya hari tu.. Last2 ambil paipkan atas cheesecake. Tak nak bazir. Abaikan corak dah macam corak sarang anai2 hiii. Rustic pattern

Masa bakar cheese cake ni wani guna api bawah sahaja sebabnya kat atas tu wani dah paipkan dengan jem nenas kan.. So kalau guna api atas, nanti jem nenas tu hangus awal. Jadi bakar dengan api bawah pun kek cantik naik elok.Dah habis baking time, seelok2nya biarlah cheese kek duduk dalam oven mungkin dalam setengah jam ke satu jam. Wani tulis kat bawah tu dlm 20 minit kan.. Sebab lepas 20 minit tu mula nampak wap dalam oven sebab tu kena buka pintu oven tapi kek masih dalam tu. nanti suam2 sikit boleh la keluarkan kek dari oven tu.. Oklah ya semak resepi kat bawah, suka guna resepi ni.. ngap tu rasalah jugak jem nenas tu kat atas.

Simpanlah kek ni semalaman dalam peti .. Nanti esok potong rasa kecheesean kek tu lagi terserlah.
Resepi ni dah diolah dari blueberry cheese cake. Abaikan arahan yang letak lapis2 filling tu, wani letak pineapple paste je sebagai topping 


LIGHT CHEESECAKE WITH PINEAPPLE SWIRLS

BAHAN-BAHAN

300ml susu segar
6 keping keju kraft
3 biji telur gred A
90 gm gula halus
110 tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110 gm mentega / marjerin
blueberry filling secukupnya
* 1/8 sudu teh krim tartar ( wani letak )

CARA-CARA
1. panaskan oven pada suhu 180C, gris loyang dengan mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper
2. dengan api perlahan, panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. kacau sehingga cair dan masukkan mentega. kacau sehingga cair dan ketepikan
3. asingkan putih dan kuning telur
4. pukul putih telur dengan kelajuan perlahan sehingga berbuih baru masukkan krim tartar dan putar dengan kelajuan tinggi sambil diselangseli dengan gula halus sampai la menjadi meringue ( adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan tak tumpah )
5. pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yang dipanaskan tadi. kacau perlahan
6. ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati
7. setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
8. masukkan esen vanila dan sebatikan adunan
9. ambil loyang yang sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan. picitkan blueberry filling ( gunakan icing bag atau plastik bersih yang digunting sedikit hujungnya? dengan cara bulatan di sekeliling adunan
10. setelah itu, cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
11. bakar pada suhu oven yang telah dipanaskan ikut suhu oven masing-masing dengan menggunakan kaedah bain marie ( letakkan loyang adunan di dalam loyang yang lebih besar yang berisi air panas ketika membakar selama 50 minit atau sehingga masak

NOTA:
1.biasanya, wani akan pukul kuning telur dulu dan siap untuk adunan cheese, baru wani pukul putih telur sebab tak nak meringue tinggal terlalu lama setelah dipukul siap

2. pukul kuning telur dengan 1 sudu besar gula halus sehingga berbuih dan pucat ( adunan agak berkrim )

3. guna loyang bulat 8"

4. untuk mendapatkan tekstur cheese kek yang sekata, bakar dalam 1 jam 20 minit atau sehingga masak, guna api bawah sahaja suhu 150 C. bakar sampai permukaan atas tu agak keperangan. pastikan suhu oven masing-masing

5. pastikan kek berada dalam oven sekejap setelah masak,, tak nak bagi kek kecut mengejut ,,biarkan dalam 20 minit ,,lepas tu baru buka pintu oven sikit nak bagi wap keluar
Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign