28 September 2015

BANANA CHIFFON CAKE

ASSALAMUALAIKUM...


Salam semua

Selamat hari raya aidiladha untuk semua.dan selamat bercuti. Lama agaknya menyepi. Hari ni baru nak buat entry tertunggak. 

lama rasanya tak buat kek chiffon, takut hilang skill. wani kalau lama tak buat ni mulalah menggelabah, harap2 menjadi la kek ku....kebetulan ada pisang ..tangkai dia tu macam nak buruk sikit.. Ambil lah simpan dalam peti dulu sebelum  nak lecek esok pagi. Kalau nak tengok resepi asal boleh klik link kat bawah tu.. Wani dah olah resepi ni sikit. Sebab wani tambahkan tepung dan bahan cecair yang lain. Bilangan telur masih lagi sama. 

Sebenarnya kek cipon wani ni kalau bakar sebelum ni memang pecah la permukaan atas tu, tapi tekstur masih kek chiffon cuma permukaan atas tu tak cantik.. Tengok orang lain buat naik cantik takde lah crack ke pecah bagai.. Itu yang jealous tu hii .. Sekali fikir nak jugak la permukaan cantik tak crack macam orang lain buat.. Tapi tiap kali buat, tiap kali tu la nak crack. bila baca tip orang yang bagi ,dia cakap kalau kek cipon tu 25 minit pertama tak habis lagi dah crack maknanya suhu oven tu panas.. So kesimpulannya kena kurangkan suhu, suhu oven masing2 berlainan kan jadi sebab tu wani tak boleh nak cakap suhu tetap nak buat kek.

Biasa kalau nak bakar kek, normal suhu 150 guna. Tak lebih dan tak kurang pada tu, tapi untuk kek chiffon ni nampaknya berlainan kes kena la kurangkan suhu. Ini kek pertama wani buat kurangkan suhu. Panas kan oven sekejap dalam suhu 150 c, tapi bila nak bakar, terus turunkan suhu 130 c dalam 25 minit. Cantik elok lah naik cuma dekat2 nak habis tu macam ada minor crack sikit tapi tak besar sangat. Hemm next time kena buat macam tu dah tak boleh nak bakar dalam suhu 150 c. Lepas habis 25 minit pertama, terus naikkan suhu 150 c untuk 25 minit lagi. Kek cipon ni nampak senang, tapi tak tahu cara pun jadi susah jugak hii.panjang lebar nya bercerita pasal suhu..takut2 la kan ada orang nak belajar kek cipon harap info ni dapat membantu jugak. 

Kek cipon ni kalau perhatikan kebanyakannya banyak guna cake flour, wani agak jarang nak guna cake flour ni.. Sebab campuran cake flour adalah tepung jagung dan tepung gandum. Guna tepung gandum biasa pun tak kisah.kek cipon ni moist cuma ada ketulan pisang yang tak berapa nak halus. 

 Oklah selamat mencuba

BANANA CHIFFON CAKE
SUMBER: vivian pang

BAHAN-BAHAN ( A )
60gm susu
4 biji kuning telur
250 gm pisang dilecek halus
100gm tepung gandum (diayak )
2 sudu besar gula halus


BAHAN- BAHAN (B)
4 biji putih telur
40gm gula halus
1/8 sudu teh cream of  tartar

CARA-CARA
1.dalam satu bekas, kacau ringan kuning telur bersama dengan gula halus sehingga sebati
2. masukkan susu, minyak jagung, kacau rata sekejap baru masukkan pisang yang telah dilecek
3. kemudian masukkan tepung yang telah diayak dan kacau sampai sebati. ketepikan
4. dalam bekas lain, dengan speed perlahan,putar putih telur sehingga berbuih. masukkan cream tartar dan terus naikkan speed dan putar lagi kemudian masukkan gula halus sikit demi sikit secara berperingkat.
5. putar sehingga meringue pada tahap 'soft peak' bukan 'stiff peak' .. kalau meringue pada tahap 'stiff peak'.. nanti susah nak gaul
6. masukkan separuh meringue ke dalam bekas adunan tadi dan sebatikan dengan kaedah kaup balik. masukkan separuh lagi dan sambung kaup balik sampai sebati.pastikan semua adunan sebati dengan meringue dan jangan terlebih gaul.
7. tuangkan ke dalam acuan kek chiffon, ratakan. bang sikit acuan kek chiffon untuk keluarkan buih2 udara
8. bakar dalam oven yang telah dipanaskan. ikut oven saya,saya panaskan pada suhu 150 C, lepas tu  bakar suhu 130 C selama 25 minit dan naikkan suhu kepada 150 C selama 25 minit.
9. setelah masak, terus terbalikkan acuan kek chiffon untuk disejukkan dan boleh keluarkan dari acuan apabila kek telah suam2 sikit.. tak tunggu kek sejuk sepenuhnya pun tak apa. takut jadi macam lembap kat dasar acuan

NOTA
suhu bergantung pada oven masing - masing

Pastikan meringue dikaup balik dengan rata bersama adunan tepung



Komen
2 Komen

2 comments:

muhammad nizam said...
This comment has been removed by the author.
Mel said...

oh kek pisang, sedapnya.. Mel tak berkesempatan lagi nak baking2 ni

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign