10 August 2015

VAN HOUTEN ......

ASSALAMUALAIKUM...



Serbuk koko mana pilihan kawan2 semua ya.. Seingat wani belajar main baking dulu2 selalu beli van houten. Tapi dulu letak dalam tin ..cantik lagi kan macam dah boleh buat tabung duit hiiii.sekarang dah ubah packaging dalam kotak pulak.. Nak jimat timah la katakan.. Rindu pulak yang dalam tin tu. walaupun agak mahal tapi sedap.. Lepas tu bertukar pulak ke serbuk koko timbang. Lama jugak la setia dengan koko timbang niiii. Sampai lama2 bonda wani bersuara, mak tak berapa suka dah makan apa2 yang dimasukkan coklat. Naik pelik wani kejap ..wani terfikir dah berapa tahun dah wani tak beli van houten.. Sebab bila singgah kedai baking jer,,tangan terus gatal ambil serbuk koko kat sana..

Hari tu buat kek coklat guna serbuk koko van houten ,terus bonda wani boleh makan.. Maknanya apa tu..Kalau bab coklat pun favorite pilihan coklat dari brand van houten .. Kalau cadbury, wani x berapa suka..packaging pun dah lain ,rindu yang balut dengan kertas timah tu nampak lagi klasik.


Bercakap pasal info pembuatan coklat hari ni ya. Wani dapat info ni dari blog Chef Amer.. Tq chef.. Panjangkan kat sini pulak. 


Buah koko atau nama saintifiknya Theobroma Cacao yang bermaksud ‘makanan dewata atau tuhan’ bermula sejak 600 tahun sebelum Masihi di Lembah Amazon dan ditemui oleh Kaum Mayan yang kemudiannya memperkenalkannya kepada Kaum Aztec melalui aktiviti perdagangan. Pada tahun 1502, ketika Christopher Colombus mendarat di Mexico, dia telah diperkenalkan oleh raja Aztec iaitu Raja Moctezuma minuman koko Xocolatl, Setelah ia dibawa balik ke Eropah, maka bermulalah evolusi koko di dunia,  dari situ koko dibawa menyeberangi Lautan Hindi ke Jawa, Sumatera hinggalah ke Malaysia.

Koko banyak ditanam di Sabah terutamanya daerah Tawau, hampir 60% koko Malaysia dihasilkan di sana.  Oleh kerana banyaknya koko di Tawau, bandar Tawau juga dikenali sebagai bandar koko. Koko juga terdapat ditanam di Pahang terutamanya daerah Temerloh & Jengka, tetapi sekarang ini, jumlahnya semakin berkurangan kerana petani lebih suka memilih tanaman kelapa sawit yang lebih mudah penjagaannya.

Biji koko perlu diperamkan terlebih dahulusebelum dikeringkan, ini sangat penting untuk menghasilkan perisa coklat.  Biji koko yang tidak diperam tidak boleh diproses menjadi coklat kerana tiada terdapat perisa coklat  di dalamnya. Biji koko yang telah diperam akan dikeringkan sebelum digredkan & dibungkus.

Biji-biji koko kering tadi akan di bersihkan, dipanggang, dipecahkan, dibuangkan kulit luarnya sebelum dikisar menjadi Massa Koko atau Cocoa Liquer ( Ini yang orang selalu keliru dan mengatakan ianya haram, Cocoa Liquer tiada mengandungi alkohol ya.)  Massa Koko ini akan diperah untuk mengeluarkan Lemak Koko dan hampas yang tertinggal akan dikisar menjadi Serbuk Koko ( Jadi selama ini kita makan hampas lah ya..he..he).  Serbuk koko ini akan dialkalikan untuk membuang rasa masamnya, ini dinamakan ‘Pengalkalian’ dan serbuk koko yang terhasil dinamakan ‘Alkalised Cocoa Powder‘.  Ianya agak gelap sedikit berbanding serbuk koko yang neutral. Jadi untuk menghasilkan kek atau biskut yang sedap, gunakan lah serbuk koko yang diproses ini, rasanya lebih sedap dan mudah larut. Semakin banyak proses pengalkalian ini dilakukan, semakin gelap serbuk koko yang terhasil, oleh itu serbuk koko hitam itu agak banyak kendungan kimianya ( Inilah serbuk koko yang digunakan untuk membuat biskut coklat warna hitam yang terkenal tu…..)



beza koko timbang ngan serbuk koko van houten
1. bila pakai van houten kaler kek jadi xberapa gelap pucat je tapi bila pakai serbuk koko timbang warna kek tu memang hitam menarik sangat nampak
2. rasa coklat van houten tak kuat mcm koko timbang
jadi kepada yang bertanya apakah rahsia nak dapatkan kek coklat sedap..dapatkan serbuk koko timbang

 Mengikut pemahaman wani, maknanya serbuk koko timbang tu lagi banyak bahan kimialah ya sebab makin hitam. Tapi betul jugak serbuk koko van houten color x berapa gelap tapi bagi tekak wani sedap koko dia... Atas pilihan masing- masing. Wani dah cuba macam2. Serbuk koko timbang pun pernah try . Serbuk koko van houten pun pernah... van houten ni pun dah lama dah wujud around 180 years..lama dah tu.. patutla menjadi pilihan ramai..

Komen
5 Komen

5 comments:

Nooriah Abdullah said...

oh kisah nya, kaknoor selalu guna yg timbang je, itu lah pilihan di tangan sendirilah kan wani..

HeNRieTTa JoSe said...

sama ngn rietta van houtens...sebenarnya kenal van houten sebelum cadboury lagi...

Bbwana adienia said...

koko van houten memang sedap kan wani..wana pun suka dengan packaging dalam tin tu..

Unknown said...

Assalammualaikum kakak. Thanks for the info. Sye sekarang mmg tgh mood membaking. Nk buat Kek coklat. Sye dok cari koko van houten ni. Byk kedai dah sye pergi. Tp takde. Rupa2 dah tukar packaging sye tak perasan. Lg suka packaging lama yg dalam tin tu. Cantik.hehe.

Wani Sukarno said...

wassalam tq sudi singgah .. hii nampak sangat tu tak tengok peredaran masa.. dah repackaging dah van houten ni..nak jimat kos la tu tak letak dalam tin dah

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign