17 August 2015

IKAN SIAKAP STIM

ASSALAMUALAIKUM...



salam semua 

3 hari lepas adalah HAPPY LEFT-HANDERS DAY// ..so pada sesiapa yang menulis tangan kiri termasuklah wani.. selamat hari bertangan kiri haa//  sememangnya orang yang bertangan kiri memang special dan unik orangnya.. terlambat pulak wish...

tak tahu nak letak nama ikan apa sebab tak tahu ikan apa, so letak la nama resepi asal..lagipun apa2 ikan pun boleh.. Dah lama tak post resepi berasaskan ikan ni.. Wani kurang sikit bab2 ikan ni..adei bergantung jenis2 ikan jugak la makan huu.. Susah nak masak macam ni kan.. Kali ni nak share resepi mudah jer.. Dengan kaedah stim.. Lama jugak tak main kukus ikan ni.. Hari tu bonda ada beli ikan, dia pun tak tahu ikan apa..sekali tengok cam siakap pun ada..tapi mahal sikit bila dah stim tu isi ikan pun dah macam siakap tapi spesis ikan laut la.. Kalu ikan sungai wani tak makan... Haahh.wani try sikit jer.. Bonda kata sedap la buat resepi macam ni... Bila otak dah hang guna jugak servis google ni.. Dah jatuh hati tengok resepi kat blog ni.. Sebab wani suka bahan tu ada berasaskan serai.. Apa2 yang masuk serai memang wani suka.. Sekali tengok dah macam nak buat bahan untuk tom yam pun ada.. 

Terima kasih tuan punya resepi sudi berkongsi panjangkan kat sini pulak..cuma bahan 2 yang dikisar tu wani tumis nak bagi masak baru lumur kat ikan.. Kalau bab nak main lumur kat ikan ni memang wani tumis bahan2 tuh .. Nak bagi masak.. ....oklah ya selamat mencuba resepi yang mudah..


Resepi Ikan Siakap Stim (Resepi Kakak)
Sumber:  cetusan rasa

Sumber : Nur-nba ( http://cetusanrasa-nba.blogspot.com )

Bahan2 :
~ seekor  ikan siakap / ikan selar besar (saiz sederhana)
~ 1 biji bawang besar - dicincang 
~ aluminium foil
~ sebiji lobak merah - dihiris memanjang
~ 3 biji limau kasturi (dibelah dua)
~ sedikit daun ketumbar / daun sup - dihiris
~ sebiji tomato - dibelah empat


Bahan2 A (untuk dikisar) :
~ 3 batang serai - dipotong halus
~ 1 inci halia - dihiris nipis2
~ 5 ulas bawang putih
~ 3 ulas bawang merah
~ 1 sudu besar asam jawa Extra 
~ 1 1/2 sudu besar sos tiram
~ 1/2 kiub stok ayam Knorr
~ secubit garam
~ 4 ulas cili api & 1 biji lada merah (terlupa  taip tadi...maaf ye kawan2.. )


***Kesemua Bahan2 A ini dikisar dengan sedikit air sehingga halus.

Cara2 membuatnya :
1. Bahan2 A tadi dikisar sehingga halus.
2. Ikan siakap / selar besar dicuci bersih dan ditoskan.
3. Bentangkan aluminium foil dan susun separuh hirisan lobak merah, tomato, daun ketumbar dan bawang besar di atasnya.
4. Kemudian letakkan satu sudu besar Bahan2 A yang telah dikisar tadi ke atas susunan sayur-sayuran dan bawang besar tadi.
5. Letakkan ikan siakap / selar besar di atasnya dan tuangkan Bahan2 A selebihnya di atas ikan tersebut. Lumurkan sehingga rata hingga ke dalam belahan ikan dan kepalanya.
6.Sekali lagi, susunkan separuh hirisan lobak merah, tomato, daun ketumbar  dan bawang besar tadi di atas ikan.
7. Kemudian, bungkuskan aluminium foil tadi (sila rujuk gambar di atas).
8. Akhir sekali, kukus ikan selama lebih kurang 10 minit.
9. Ikan siakap stim sedia untuk dihidang. Hidangkan bersama limau kasturi untuk diperahkan ke atas ikan siakap stim tadi.

SELAMAT MENCUBA.


SEDIKIT RALAT

Semasa entri ini ditulis jam 10.40 pagi tadi, Nur telah terlupa untuk menaip 2 bahan iaitu ~ 4 ulas cili api & 1 biji lada merah (terlupa taip tadi...maaf ye kawan2.. )

~p/s : Ada tips atau petua dari kakak, untuk mengelakkan masakan tidak jadi terlalu pedas, kuantiti cili api dan lada merah yang dimasukkan ke dalam masakan tersebut dalam kuantiti ganjil (contohnya 3 ulas, 5 ulas dsb..). Seulas daripadanya tidak dibuangkan tangkai dan terus dikisar bersama dengan tangkainya untuk mengelakkan daripada terkena penyakit seperti sakit perut.

Ada versi kedua resepi ni.. Itu pun jika rakan2 suka, boleh juga tambahkan 1 sudu besar pes tomyam dengan bahan2 kisar tadi.

Komen
4 Komen

4 comments:

anajingga said...

Wani, ni resepi baru untuk kak ana cuba sebab selalunya kalau stim buh ikan dengan bahan hirisan dalam mangkuk dan kukus terus, menarik pula yang bahan blend tu ,nnt kak ana cuba, tq so much :)

nur amni said...

Akak pn left handed dear..sep skit.

buh pes tomyam cam sdp je..bleh try nanti tmbh2 skit..slurppp..

Salam ukhuwah ;))

nur amni said...

Akak pn left handed dear..sep skit.

buh pes tomyam cam sdp je..bleh try nanti tmbh2 skit..slurppp..

Salam ukhuwah ;))

nur amni said...

Akak pn left handed dear..sep skit.

buh pes tomyam cam sdp je..bleh try nanti tmbh2 skit..slurppp..

Salam ukhuwah ;))

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign