HOMEMADE CROUTONS

ASSALAMUALAIKUM....



Salam semua

hari ni dah 18 syawal kan . Buat masa ni masih agak lemau nak main masak2.mood syawal pun masih ada hii..  Bulan ni dah bulan ogos dah. Jadi sebagai entry pertama untuk bulan ogos. Letak benda yang mudah nak buat homemade croutons memang agak mudah la macam kita bakar roti tapi roti ni dipotong dadu. Dan berperisa..nak jadikan cerita nak buat homemade croutons ni sebab ada baki roti nak expired. Wani fikir apa la nak buat.. Terlintas dalam pantry ada instant chicken soup tuh.. Cuba untuk letak dalam mushroom soup.. Benda yang simple macam ni wani google jugak nak tahu proses dia simpan macam mana kan kalau kita bakar banyak2. Ada yang suruh simpan dalam freezer kalau nak makan, panaskan balik sekejap..lecehnya.. Jadi wani buat dulu.. Fikir nak simpan kemudian tahu walaupun kita dah bakar tekstur roti pun dah kering so hilang dah kelembapan dalam roti tu. 

Akhirnya wani tak letak dalam freezer tapi letak dalam peti kat bawah tu.. Takut2 lah berkulat kan.. Kali pertama wani buat homemade croutons nih hari kedua kita start puasa sampai la sekarang masih ada sikit lagi baki croutons. Masih elok x de la bau pelik2 naik kulat ke..yang penting bakar sampai kering roti tuh dah hilang dah kelembapan dalam roti tu. masa tu buat gaul dengan bawang putih..punya la aroma bawang putih... Tapi kali ini wani gaul sikit dengan italian herb saja nak habiskan stok italian herbs sebelum expired. 

Mudah sangat boleh la idea nak habiskan baki roti kan kalau tak tahu nak buat apa..makan dengan salad pun sedap,  itupun wani tak pernah cuba lagi hii. Nak bagi spesifik resepi macam senang sangat gaul dengan mentega cair atau kalau nak tambah daun pasrsley cincang ke, bawang putih cincang ke dan macam2lah terpulang atas citarasa anda. Mudah sangat nih walhal tengok dalam internet pun tak ikut jugak  berapa sukatan mentega cair tuh. Gaul sekadar ketulan roti tu diserap mentega cair..

HOMEMADE CROUTONS

BAHAN-BAHAN
3 sudu besar minyak zaitun @ 3- 4 sudu besar mentega dicairkan
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu besar parsley dicincang ataupun 1 sudu teh dried parsley
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
5 cawan roti yang telah dipotong kiub
1/4 cawan parutan parmesan cheese ( tak letak ) 

CARA- CARA
1. roti putih dipotong kiub.. dan masukkan dalam mangkuk besar. masukkan mentega cair.
2. masukkan bawang putih, parsley, serbuk lada hitam dan gaul ketulan roti sehingga sebati
3. masukkan parmesan cheese yang telah diparut dan gaul rata.
4. ratakan atas dulang pembakar dan bakar selama 25 minit atau sehingga perang keemasan dan garing. 
( masa minit terakhir boleh kacau ketulan kiub roti  supaya masak sekata ) 

NOTA: minyak zaitun boleh digantikan dengan mentega cair. sukatan untuk mentega cair boleh ditambah sekiranya masih ada ketulan roti tidak diserap mentega.

 untuk penyimpanan saya tak simpan kat suhu bilik tapi saya simpan dalam peti bahagian bawah, bukan bahagian freezer dan pastikan ketulan roti betul-betul crispy. tahan jugak dalam sebulan






2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post