02 September 2015

HOMEMADE PES TOMYAM

ASSALAMUALAIKUM..



Salam semua

Terima kasih pengunjung2 yang tak jemu singgah kat sini..ulang benda sama je cakap...hiii.bertemu kembali hari ni perkongsian pasal pes tomyam pulak.

Dah lama dok cari resepi  homemade pes tomyam.akhirnya terbuat jugak ..bulan lepas lagi wani buat ni..lama jugak la dok simpan dalam peti sebelum guna.3 minggu ke tak silap..kalau sebelum ni beli jugak la pes tomyam ni.. Biasa wani beli brand adabi ataupun nona..dan sebelum ni ternampak jugak la orang post pasal pes tomyam ni. Hajat jugak dalam hati nak buat sendiri.. Tak sangka sedap.. Wani dah buat tomyam guna pes ni..nanti wani kongsikan entry akan datang..memang sedap .. Berbaloi la buat sendiri.. Kadang2 ada resepi tu, blend bahan lepas tu tumis terus pun ada.. Macam2 resepi tomyam.. Tapi apapun, resepi tomyam bagi wani suka letak sekali harung lepas tu baru letak atas dapur..tak dak tumis2 dah. 

Oklah ya jom semak resepi, resepi ni lupa dah dalam perkongsian group rasanya, terima kasih penyumbang resepi,panjangkan kat sini.mintak halalkan. Bila dah sekali buat ni dan nampak tomyam pun menjadi,wani rasa tak nak dah beli pes tomyam  yang dah siap kat kedai.. Kalau rasa tak sibuk boleh la buat sendiri kan. ....wani rasa homemade pes tomyam ni baik buat dulu dan simpan lama sikit sebelum guna.. Biar semua bahan2 tumis tu mesra..semua orang kata sedap.. 


PES TOM YAM 

BAHAN - BAHAN
2 biji bawang besar ( wani tambah 1 labu )
4 biji cili merah ( wani guna lada burung )  
10 tangkai lada kering
2 inci lengkuas
4 batang serai 
2 sudu besar udang kering ( wani tambah )
6 helai daun limau purut 
2 inci belacan dibakar
Air asam jawa, gula dan garam

CARA -CARA
1. Kisar semua bahan kecuali air asam jawa, gula dan garam bersama sedikit air 
2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.seimbangkan rasa masam, manis dan masin. Masak sehingga pecah minyak dan menjadi pes.
4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk.perencah boleh disimpan. Kalau nak guna, keluarkan dari peti dan biar dalam suhu bilik sebelum guna

NOTA
wani ada masukkan tambahan sos ikan secukup rasa  dalam pes. Masukkan sos ikan masa letakkan air asam jawa. Air asam jawa tu nak bagi masam, dalam resepi tak de sukatan, so pandai2 lah jangan terbanyak sangat, dan ada perah jugak jus limau nipis..dah banyak tokok tambah dah bahan nak bagi sedap


Komen
1 Komen

1 comment:

anajingga said...

senang kan wani, buat siap2 pes tomyam ni :)

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (20) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign