30 July 2015

TIP UNTUK KEK MARBLE

ASSALAMUALAIKUM...


Salam semua

 sekarang dah berada penghujung bulan 7 bersamaan 14 syawal dah 2 minggu dah syawal kan .. kalau bulan ramadan time nih dah sibuk nak buat biskut raya kan. sebelum lupa, gambar kredit dari google.

Masa raya hari tu wani ada buat kek marble..kek marble sebenarnya salah satu favorite jugak.bila dah lama tak buat kek marble, jadi masa hari raya la tiba- tiba nak buat hii. Buat malam raya dan ini kali pertama wani guna ovalette.tujuan ovalette ni macam nak kek lagi lembut.. Tak silap ambil dari dapur kak azie.. Tak ada gambar la ya nanti nak buat lagi sekali sebab kali pertama buat dah rasa puas hati sangat. Kek ni paling simple dan senang sebenarnya nak buat. 

Walaupun paling senang tapi rasanya ramai masih gagal nak buat kek marble.hari tu, wani terbaca dekat fan page Chef Siti tentang persoalan yang lazim dalam menghasilkan kek marble yang sedap. Jawapannya ada kat bawah. Boleh lah nak buat rujukan bagi sesiapa yang berjinak dalam dunia baking. Wani pun baru tahu kalau kurangkan gula dalam kek  tekstur kek boleh jadi keras.. Barulah melopong mulut Oooo. Terima kasih chef siti banyak berkongsi ilmu baking. 

sumber dari CHEF SITI MASTURA FANPAGE

Chef Siti......
1) Bagaimana nak dapatkan Kek Marble yang cantik, gebu dan lembut?
2) Kenapa Kek Marble saya selalu merekah di tengah?
3) Apa akan terjadi kalau kita kurangkan gula di dalam resipi kek marble kita?


Ini adalah di antara soalan soalan yang selalu di tanyakan kepada saya dan ianya juga merupakan fakta fakta wajib yang harus di pelajari oleh anak anak murid saya apabila mereka mengikuti kursus intensif 7 minggu Cake Beginner's Module di sekolah baking saya di Siti's Delights Pte. Ltd., No. 1 Ubi Road 1, Block 65 #01-68 Oxley Bizhub, S'pore

Pada saya, jika kita di beri resipi kek yang sedap, belum tentu kita boleh melakukan nya dengan baik! Ini adalah kerana, kita tidak tahu kesilapan kesilapan yang biasa terjadi dan juga apakah fungsi bahan bahan di dalam resipi itu. Makanya, kadang kadang bila kita buat kek itu, ianya tak jadi secantik yang dulu dan kita tidak tahu pun di mana silapnya!
Untuk mendapatkan kek marble yang cantik, terdapat banyak “rahsia” dan tips. Tips dan teknik yang betul akan memastikan kek anda itu akan jadi dengan sempurna setiap kali anda melakukannya.
Saya ingin kongsi serba sedikit tips di sini ya....

1) Kenapa kek marble anda gelap tapi kurang masak di tengah?
Ini mungkin di sebabkan anda “panic” apabila melihat kek anda dah mula gelap dan anda pun menurunkan suhu ketuhar dengan serta merta! Ini akan menyebabkan kek anda “tenggelam” di tengah!
Cara yang terbaik untuk elakkan kek menjadi gelap ialah untuk meletakkan kertas di atas kek anda pada saat saat terakhir sebelum ianya masak (cover the cake with parchment paper during the last 15-20 mins of baking) dan jangan sekali sekali turunkan suhu kepanasan ketuhar anda semasa kek masih di dalamnya. Pertukaran suhu yang mendadak akan “runtuhkan” kek anda pada bahagian tengah


2) Kenapa pula kek anda merekah di tengah?
Terdapat beberapa fakta yang menyebabkan kek anda merekah. Salah satunya ialah kerana suhu ketuhar yang terlalu tinggi atau ketuhar sudah terlalu panas. Untuk kek marble, gunakan suhu 175 degrees atau 180 degrees sahaja. Jika suhu terlalu rendah pun, ianya tidak akan memberi hasil yang terbaik. Kek anda akan tenggelam di tengah.


3) Tahukan anda jika anda kurangkan gula terlalu banyak di dalam resipi anda, kek anda akan cepat “bercendawan”, warna kek pun pucat dan kek anda pun akan jadi keras sedikit? Ini adalah kerana salah satu fungsi gula di dalam kek ialah untuk membuat kek itu tahan lama dan gula memberi warna pada kek anda serta membuatnya lembut. Jadi, jika anda ingin kurangkan sukatan gula di dalam resipi kek anda itu, tidak boleh lah kurangkan terlalu banyak ya...mungkin 10 atau 15% sahaja dari sukatan asalnya sahaja.

Komen
3 Komen

3 comments:

Wattie said...

Assalamuallaikum dan selamat hariraya Wani,
sedapnya nampak kek marble Wani, elok nampak kejadiannya. Tkasih atas tipsnya ya, kak Watti pun suka kek ni.

Wattie said...

Assalamuallaikum dan selamat hariraya Wani,
sedapnya nampak kek marble Wani, elok nampak kejadiannya. Tkasih atas tipsnya ya, kak Watti pun suka kek ni.

Bbwana adienia said...

bagus juga perkongsian tips ni sebab wana pun suka buat kek marble.. tq wani.. :)

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign