09 July 2015

PETUA MEMBUAT BISKUT

Assalamualaikum....



Salam semua..salam ramadan ke 22.  10 ramadan terakhir ni dah ramai semakin sibuk buat biskut raya kan .yang tak pernah buat biskut raya pun terpaksa buat biskut raya hiii.. Sememangnya wani time budak sekolah lagi wani suka buat biskut raya sampai kenangan manis wani demam gara gara buat biskut raya.. Lepas tu masuk hospital.. Itu kenangan manis la..setiap dari kita mesti ada nostalgia yang nak dikongsikan lebih lebih lagi hari raya. 

Kepada sesiapa yang mengalami masalah nak buat biskut .jom wani kongsikan tips untuk membuat biskut... Wani akui mengalami masalah yang sama terutamanya dari segi doh terlebih lembik..kalau tengok bonda wani buat biskut masa kecik kecik dulu bonda tambah tepung tapi tambah tepung seperti tepung jagung. Itulah yang wani buat sampai sekarang. Semoga tip ini dapat membantu. Info ini diambil dari dapur KAK WAN . Wani simpan kat sini untuk buat rujukan.



Membuat biskut tidaklah begitu rumit, ikutlah  sukatan dan cara yang betul jika tersalah adun pun masih lagi boleh di perbaiki jika terlebih tepung tambahkan mentega dan jika terlebih mentega pula tambahkan saja tepung mengikut keperluan..

1. Mentega

Guna mentega tulin seperti Tatura Butter, SCS, Anchor dan jenama yang tertulis Pure Butter atau lepa susu seperti Buttercup.  Menggunakan majerin memberi rasa yang masin dan kurang enak, selain itu biskut cepat berbau hamis.

2. Kekacang 

Semua biskut yang menggunakan kekacang seperti almond, hazelnut, kacang tanah mestilah di bakar terlebih dahulu atau di goreng tanpa minyak, cara ini biskut lebih ranggup dan tahan lebih lama.  Bagi kekacang seperti walnut, pecan, pistachio,macadamia tak perlu di bakar kerana kekacang jenis ni agak berminyak apabila di bakar.  Boleh terus di campurkan ke dalam adunan biskut.

3. Menggaul dan menguli adunan

Untuk mendapat hasil yang baik biarkan mentega dan telur pada suhu bilik.  Jangan pukul mentega dan gula berlebihan, cukup hingga berkrim sahaja (apabila mentega bertukar warna lebih cerah).  Terlebih pukul menyebabkan adunan menjadi lembut dan biskut mengembang apabila di bakar.
Seeloknya tepung dan bahan-bahan kering di letakkan dalam satu mangkuk besar berasingan.  Apabila siap memukul mentega, masukkan ke dalam bahan-bahan kering tadi dan gaul  ringan menggunakan tangan hingga menjadi doh.

4. Merehatkan adunan

Apabila adunan biskut telah siap, simpan dulu di dalam peti sejuk sekurang-kurang 3-4 jam atau semalaman.   Cara ini menjadikan biskut lebih ranggup.  Setelah di keluarkan dari peti sejuk adunan mungkin agak kering sedikit tetapi jangan risau, tambahkan sedikit mentega dan uli semula hingga lembut.

5.  Lain- lain bahan merangupkan biskut 


Tepung jagung, tepung kastard, tepung ubi, tepung kentang juga memainkan peranan dalam meranggupkan biskut, jika ingin menambahkan tepung-tepung ini kurangkan sukatan pada tepung gandum.  Serbuk Emplex dan Crisco (lemak sayuran,shortening) juga  berfungsi meranggupkan biskut tetapi jangan guna terlalu banyak, ikut sukatan pada resipi.

6. Adunan yang menggunakan bijirin 

Bagi adunan yang menggunakan bijirin seperti oats, nestum, cornflakes, wheat,  adunannya  mestilah lembut kerana bijirin ini akan menyerap lelemak dan akan mengeras setelah di rehatkan, menambahkan tepung boleh menjadikan adunan bijirin menjadi keras

7.   Adunan yang menggunakan nozzle 


Adunan yang menggunakan nozzle mestilah lembut dan senang di picit.  Gunakan piping bag yang tebal dan muncung nozzle yang sesuai untuk menekan adunan keluar.  Hanya adunan yang lembut dan plain, tidak bercampur kekacang, raisins dan bahan lain yang mudah di picit keluar.

8. Dulang pembakar 

Guna dulang pembakar dengan tepinya yang rendah untuk memudahkan aliran haba dari oven ke atas biskut.


9. Menguji biskut

Untuk menguji biskut samada telah masak atau tidak, tolak biskut dengan garpu dan jika boleh bergerak, tidak melekat di dulang pembakar dan tidak pecah bolehlah di angkat, biskut agak lembik apabila baru di keluarkan dari oven tetapi akan mengeras dan ranggup apabila telah sejuk.

10. Menyimpan biskut


Biarkan biskut betul-betul telah sejuk, baru di masukkan ke dalam bekas kedap udara, biskut juga boleh di bekukan di tempat freezer dengan membalutnya dengan aluminium foil dan menyimpannya dalam bekas kedap udara.  Apabila hendak di gunakan lembutkan dahulu pada suhu bilik dan bakar semula selama 5-8 minit.


Jangan menyimpan biskut yang berlainan dalam satu bekas kerana biskut akan menyerap antara satu dengan yang lain.  Guna satu jenis untuk satu bekas.  Jika biskut menjadi lembut, bakar semula pada suhu 150C selama 5-8 minit.

11.  Jangka hayat biskut 


Biskut tanpa pengawet boleh bertahan selama 3 bulan.  Biskut yang menggunakan pengawit seperti Potasium Sorbate dan Sodium Benzoil boleh tahan sehingga setahun.

12. Penggunaan pengawet dalam resepi 

Sukatan pengawet bergantung kepada berat bahan dalam resipi.  Setiap Kg bahan guna hanya 10 miligram pengawet atau secubit saja.  Penggunaan yang tidak betul dan berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.  Bagi peniaga atau pengilang, biasanya mereka meletakkan pengawet untuk memastikan produk lebih tahan lama.  Sekiranya produk tersebut di jual dalam tempoh kurang dari jangka hayat biskut atau untuk kegunaan sendiri, tidak perlulah di masukkan bahan pengawet.  Pengawet di masukkan sekirannya kuantiti produk yang dihasilkan banyak dan di jual melebihi tempoh jangka hayat.

Sebagai alternative, anda boleh menggunakan oxygen absorber dan anti mold sticker (anti kulat) yang boleh di dapati di kedai bekalan bakery.  Oxygen absorber biasa di jual dalam bentuk pack kecil dan anti mold dalam bentuk sticker atau kepingan.  Ia akan di letak dalam bungkusan atau container yang mengandungi bahan mentah atau produk yang telah siap.


Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign