Resepi Double Chocolate Icebox Cookies

ASSALAMUALAIKUM.....



Salam semua

Bismillahhirrahmanirrahim Lamanya tuan blog bercuti, blog pun sama naik cuti raya jugak.dok main save draft jer ni.. publish nya tidak..  walaupun mood raya masih memberontak dalam hati kan.tak apa rayakan sebulan.. Jadi open house pun masih tak putus.. Kepada yang dah berpuasa sunat 6. Selamat berpuasa jugak nanti kita raya lagi sekali..rasa sekejap jer ramadan berlalu.. Syawal dah menjelma..

Sebagai entry nak panaskan blog ,wani letak resepi biskut je lah.. Yang ni rasa jer tertinggal takut jadi baja dalam folder tak terupdate pulak. Icebox cookies ni kali pertama wani buat..dah lama simpan resepi.alhamdulillah berjaya jugak buat..icebox cookies ni memang senang nak buat.. Orang yang malas - malas tu direkomenkan cuba resepi ni. lama jugak letak dalam peti. Wani buat dulu doh dia baru simpan dalam peti.tak silap dalam seminggu jugak simpan dalam peti sebelum dibakar.

Kali pertama nak handle doh ni agak sukar sikit.kita kan negara cuaca panas... Jadi cepat nak lembut doh cookies ni. Kalau kat negara bermusim tu tak apalah negara mereka ada musim sejuk.. Icebox cookies ni sangat famous terutamanya time raya krismas.tak apalah kan nak potong tu mudah sebab cuaca sejuk.wani dapat doh ni dalam 2 logs buat. First log potong tak berapa cantik .. Sebab doh macam cepat lembut,rasa macam baru keluarkan sekejap jer..sememeh je kat tepi tu bila potong.


Kali kedua potong tu, wani potong cepat2. Sekali dengan cling wrap ..jenuh doh asyik main keluar peti kalau dapur beraircond senang nya kerja. Barulah nampak sangat smooth bila potong tapi hati hati bila nak keluarkan baki cling wrap tu. sebenarnya doh ni terlebih lembik, macam biasalah kesilapan dalam menguli doh biskut ni memang tak lari dah ..semua orang pun mengalami masalah yang sama kan.wani tambah tepung jagung..tak ingat berapa sudu,agak agak dah boleh uli tu dah cukup lah. 

Nampaknya boleh pelbagaikan icebox cookies ni.. Buat awal bakar keesokannya .. Buat banyak banyak pun tak apa jugak ni..resepi pun macam macam kat internet. Nanti boleh lah cuba untuk raya tahun depan. gambar kat bawah ni macam ni lah sebelum bakar dan selepas bakar .. video kat bawah ada tip untuk icebox cookies ni ..


Resepi Double Chocolate Icebox Cookies 

Bahan - Bahan 
1 cawan Gula perang @ 198 gram ( saya guna gula halus )
12 sudu besar unsalted butter @ 170gm, dilembutkan ( saya guna salted butter )
1/4 sudu teh garam ( saya skip )
1 biji telur
2 sudu teh vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan koko powder
1/8 sudu teh baking powder
1 1/2 cawan mini coklat cip ( saya tak letak dalam adunan cuma untuk hiasan sahaja )


Cara - Cara 
1. Masukkan gula, butter ke dalam mixerdan putar sejingga kembang dan berkrim dalam 1 minit.
2 . Masukkan telur dan vanila dan putar sebati
3. Ayak tepung gandum bersama dengan serbuk koko dan baking powder.dengan speed perlahan,masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan mentega sehingga sebati
4. Sediakan cling wrap ataupun kertas baking pun boleh.bahagikan doh kepada 2 bahagian. Letak 1 bahagian doh atas cling wrap dan uli doh berbentuk silinder. Saiz lebih kurang 8 inci panjang dan 2 inci diameter.
5. Bungkus macam balut gula- gula tu. kemaskan kat hujung nak simpul ke tak kisah lah asalkan kemas dan boleh simpan dalam peti. Simpanlah untuk semalaman kalau nak bakar keesokan hari.
6. Panaskan oven. Ambil frozen doh tadi dan terus potong sederhana nipis. Aturkan dalam loyang, hiaskan dengan coklat cip dan boleh bakar sehingga masak ikut suhu oven masing - masing. Oven saya dalam 20 minit suhu 150 C.

3 Comments

  1. wah wani, nampak pun dah tahu sedapnya :)

    ReplyDelete
  2. unik sangat biskut ni kan wani dan nampak sedap pula tu..nak sikit..

    salam aidilfitri dan maaf zahir batin dari wana..baru sempat nak beraya ke sini..masa posa tu wana sibuk sangat..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post