Resepi Cornflakes Madu Mudah ( Paling Senang )

Resepi Cornflakes Madu Mudah ( Paling Senang ) | Salam semua, Sudah 25 hari ramadan berlalu. Lagi tinggal 4 hari insyaAllah  kita akan sambut raya hari jumaat nanti. Puasa dah nak hujung - hujung, ramai orang tengah cari resepi biskut. Naik rating tinggi. Pasal biskut blog wani, keyword pun ramai yang taip pasal biskut. Padahal tak ada la sangat wani post pasal biskut. 

Resepi Cornflakes Madu Mudah ( Paling Senang )

Hari ni ada kesempatan masa sikit nak letak entry. Dah cakap resepi biskut wani mudah - mudah.  Time raya menu yang wajib buat. Last minit pun boleh buat lagi..Esok nak raya pun boleh lagi tapi bahan bahan kena ada la. 

Cornflakes madu ! Kali ni tak letak ceri dah sangat simple. Letak bijan dan badam kasar sangai. Buat untuk 1/2 kilo cornflakes. Berbaloi la banyak jugak dapat. Tapi kalo buat sorang sorang memang penat. Makan pun macam chipsmore kejap dah habis kan. 

Resepi cornflakes mudah ini ternampak dekat facebook. Terima kasih di atas perkongsian resepi ini Wani kongsikan kat sini pulak. 

Resepi Cornflakes Madu Mudah ( Paling Senang ) 
Sumber : Noorain Abdul Rahman 

Bahan - Bahan 
500 gm cornflakes
250 gm butter
7 sudu makan madu
5 sudu makan gula biasa / brown sugar ( wani guna gula halus)
50gm bijan disangai ( wani campur dengan badam kasar )

Cara - Cara 
1. Masukkan cornflakes dalam satu mangkuk besar, ramas sikit supaya hancur sedikit
2. Dengan api kecil, cairkan semua butter, gula dan madu sampai larut semua sampai didih
3. Tutup api dan siram larutan yang dimasak tadi ke dalam cornflakes.( wani campur sekali dengan bijan dan badam kasar sangai ke dalam adunan ikut cara asal untuk hiasan ). kacau sebati.
4. Masukkan cornflakes madu ke dalam papercup 
5. Tabur bijan yang sudah disangai dan bakar pada suhu 150 selama 10 minit. 

Nota
Jangan bakar terlalu lama sebab ia akan terlalu keras dan susah nak buang dari papercup

7 Comments

  1. Assalamualaikum Wani,
    Best tu biskut ni Wani, mau habis sebalang klu mengunyah depan tv, kak.jg tak terbuat2 lg. Selamat hr raya Wani, maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wani,
    Best tu biskut ni Wani, mau habis sebalang klu mengunyah depan tv, kak.jg tak terbuat2 lg. Selamat hr raya Wani, maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nampak, memang wajib cuba ni!
    Btw, Selamat Hari Raya in advance buat tuan blog ye :)

    ReplyDelete
  4. kakk , butter tu kalau tukar planta boleh tak ?

    ReplyDelete
  5. kalau tak guna bijan tu pun takpe kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post