BISKUT ARAB GEBU

Assalamualaikum....


Salam semua dan salam jumaat debaran syawal makin hampir dah ni dah 16 hari dah kita puasa, radio dah mula pasang lagu raya..biskut raya jugak entah ke mana hii.. Tapi apapun mood raya dah datang macam budak2 pulak. Hii.. 

Gambar kredit daridapur.com..biskut arab ni tak usah cakap memang favorite wani.. sebenarnya cuba tengok resepi biskut arab takut ada bahan lain tokok tambah dalam resepi kan.. Tapi check2 yang lepas rupanya wani dah ada pernah buat resepi ni tapi kuantitinya tu banyak sangat lah .. Yang wani ambil daridapur.com ni kuantiti nya sikit  guna 3 cawan tepung gandum. So, kepada sesiapa  yang nak mencuba, tak nak gentel lama2 gunalah resepi ni.. Jimat sikit masa tu.. Wani tempek kat sini sebagai rujukan. 

BISKUT ARAB GEBU
SUMBER: DARIDAPUR.COM

Bahan – Bahan 

1 cawan  susu tepung nespray
1 cwn minyk sapi. Biarkan macam tu. Tak perlu dicairkan.
sedikit garam
3 1/2 cawan  tepung gandum yang telah diayak
ceri merah untuk hiasan. Potong kecil
Gula aising untuk hiasan apabila biskut sudah masak.

Cara Penyediaan Biskut Arab

Pertama , dalam sebuah bekas, masukkan susu tepung, minyak sapi dan garam. Gaul dengan sebati dan sekata. Selepas itu, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang cantik sekata dan sebati.
Kedua , bentukkan doh menjadi bulat kecil , letakkan doh di atas dulang pembakar , hiaskan dengan ceri . Panaskan oven selama 5 minit pada suhu 180’C . Selepas itu, masukkan dulang pembakar yang mengandungi susunan biskut tadi, bakar selama 15 -20 minit bergantung pada jenis oven.
Ketiga , biskut yang telah masak dikeluarkan dan disejukkan terlebih dahulu sebelum digaul dengan gula aising.
Wahh..senang kan cara dia. Tapi rasa memang sangat sedap. Gebu gitu. 

Post a Comment

Previous Post Next Post