11 June 2015

KERABU MANGGA

ASSALAMUALAIKUM....


Salam semua

alhamdulillah, syukur hari ni hujan turun walaupun sekejap.. macam dah lama sangat tak turun hujan. lama dah nak bercerita pasal mangga ni kan tak masuk blog pun lagi. kerabu memang dah banyak kali buat pun.. cuma tak rasa nak buat entry

orang lain  dah puas tayang dah apa dibuat dengan mangga kan. Wani jugak ketinggalan train.kali ini nak share resepi yang sangat simple, rasa orang lain pun semua tahu. Buat apa yang ada kat dapur ingat nak tambah bunga kantan tapi tak ada lah pulak.kerabu mangga ni sebenarnya tak payah susah susah pening kepala.kebetulan masa majlis kahwin sepupu ada menu kerabu mangga, simple sangat menu nya tapi bila letak makan dalam satu pinggan terus berselera.. Nak lagi bulan puasa kurang beberapa hari lagi ni, lagi la berselera makan, masam manis camni.

Pokok mangga sendiri ada tapi tak keluar buah, keluar bunga je lebat, buah entah ke mana pulak :D. Mangga ni wani ambil dekat rumah atuk wani, pokoknya pun dah nampak tua tapi buahnya sangat lebat.mangga jenis ni kalau masak tak sedap makan entah nape ia jadi macam lebam kalau masak, ia kena ambil masa buah sedang sedang nak buat kerabu sangat lah sesuai sebab masam. Teringin nak buat mangga asam boi tu.. Tak tersampai lagi hajat. Kerabu ni dah guna yang mangga masam sebab tu tak perah jus limau nipis tu.. Kalau tak masam dah tambah dah jus limau nipis tu.. Nak tambah cuka pun boleh tapi nak elak asid buatan ni kita guna lah asid semula jadi hiii. Ok selamat mencuba.simple kan menu ni :)

KERABU MANGGA
SUMBER: DARI DUNIA DAPURKU

BAHAN - BAHAN
3 biji mangga kalau boleh yang masam
1/2 biji bawang besar didadu
2 sudu besar sos tiram 
1/2 cawan ikan bilis yang telah digoreng atau secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
1 tangkai lada merah besar dibuang biji dan dipotong panjang 

CARA - CARA 
1. Mangga dibuang kulit dan diparut
2. Dalam satu mangkuk, Satukan mangga yang telah diparut, bawang besar didadu, sos tiram,lada merah, ikan bilis, gula dan garam dan gaul sebati
3.perasakan kembali jika ada nak tambah tokok bahan dan boleh dihidangkan

NOTA: sekiranya mangga tak masam boleh perah jus limau nipis

Bahan - bahan boleh ditambah ikut suai rasa.
Komen
1 Komen

1 comment:

anajingga said...

wani, memang sedap ni. cuba wani ke link ini untuk menyertai GA EFG Mega Raya kami :
http://www.akupenghibur.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign