30 June 2015

BUNGANYA MEMIKAT HATI SESIAPA YANG MEMANDANGNYA

ASSALAMUALAIKUM......


Salam semua ..hari ni dah 13 hari kita berpuasa.. Sepanjang tempoh wani post entry pada bulan ramadan ni, entry paling banyak dibaca resepi biskut raya percuma dari buttercup ..tahu semua orang tengah dok cari idea nak buat biskut apa kan.buatlah persediaan awal awal.  Wani jugak tak terfikir nak buat ke tidak.. Ya Allah kenapalah malas betul nak main terap biskut, rasa nak pilih biskut paling senang..macam lama dah tak buat biskut arab.. Mengidam la pulak.hii . insyaallah nanti ada kelapangan masa nak share biskut paling senang..slice and bake cookies.. wani dah lama himpun koleksi icebox cookies ni ..sampai sekarang tak terbuat huu 



ada kena ke dengan tajuk entry hiii.. pokok bunga biasa je kot.. bukannya bunga ros. tak tahulah orang panggil apa pokok bunga ni.. Tengok picture ni dah lama dalam folder nak delete rasa sayang macam nak buat entry pulak.. Sebab bunganya cantik purple..warna kegemaran wani.. Kalau dulu zaman budak sekolah wani suka hobi gardening ni.. Petang - petang sentiasa pergi dekat  pokok bunga yang wani tanam.. Sejak dah mula beralih arah ke hobi memasak .. Abah pulak yang minat gardening ni. Dan wani pulak suka tengok bunga apa yang dia tanam. Tengok je la menanam nya tidak .. Pokok ni kalau dulu cantas la jugak sebab ia naik meninggi tapi kalau berbunga banyak kembang  ..cantik sungguh purple sana purple sini.. Sekarang ni biar ia meninggi dalam kotak pasu.dan terpaksa keliling pokok tu dengan dawai besi takut pokoknya tumbang ..macam lembik jer batang pokok. Sebelum pokok ni pupus ke post kat sini..

Dalam hati rasa dah start minat bunga orkid pulak..sebab senang nak jaga. Eh betul ke? Selamat berpuasa semua ..jaga hati, jaga pendengaran, jaga mulut..semoga ibadah kita diterima disisiNya..


Komen
1 Komen

1 comment:

anajingga said...

waalaikumsalam wani, salam Ramadan ke 13, rumah kak ana pun sedang berkembang warna ungu kuat.cantik kan :)

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign