04 June 2015

AYAM GORENG BIJAN

ASSALAMUALAIKUM...



salam semua

resepi ni sangat mudah ..suka ratah makan saja.. sangat sesuai la buat lauk buka puasa..bercakap pasal lauk buka puasa ni,wani suka yang simple2 tak banyak kerja tapi hasilnya sedap ..  ...hitamnya lauk :D penuh dengan sos.. selamat mencuba

AYAM MADU BIJAN
SUMBER: JOM MAKAN

Bahan-bahan (ayam):
  • 3 ketul dada atau peha ayam
  • 1 sudu makan kicap cair (bahan perapan)
  • 1 sudu makan cuka (bahan perapan)
  • 1/2 sudu makan minyak bijan (bahan perapan)
  • 1 sudu kecil gula (bahan perapan)
  • Garam dan lada sulah (bahan perapan)
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung beras atau tepung jagung
Bahan-bahan (sos):
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2-3 sudu makan madu
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 1/4 cawan air
  • Bijan yang telah digoreng tanpa minyak untuk ditabur
Cara-cara (ayam):
  • Gaul ayam dengan bahan bertanda perapan
  • Perap selama sejam atau lebih
  • Panaskan minyak, masukkan tepung gandum dan juga tepung jagung atau beras ke dalam perapan ayam dan gaul hingga sekata
  • Goreng hingga keemasan, angkat dan toskan
Cara-cara (sos):
  • Campurkan kesemua bahan di dalam kuali
  • Masak sehingga agak pekat
  • Masukkan ayam dan gaul rata
  • Taburkan bijan dan sedia untuk dihidangkan
NOTA: wani tambah 1 sudu besar minyak bijan ke dalam bahan perapan dan ..sedikit minyak bijan masa penyediaan sos-sos.
Komen
3 Komen

3 comments:

cheq da said...

Sedap nti nk cuba utk menu berbuka nti..

Mel said...

sedapnya...pasni beli bijan dah tahu nak masak apa.hihi

Mayang ABDUL RAZAK said...

mak aiihhh sedapnya

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign