08 May 2015

SOM SOM PANDAN

ASSALAMUALAIKUM......



tak lama bulan ramadan bakal tiba.. rasanya ramai  dah mula sibuk cari menu list untuk apa nak masak untuk bulan puasa nanti ..bagi wani buat yang dah biasa makan, kalau nak buat pelik-pelik alamat tak termakan pulak hii..memang orang cakap nak buat pelik2 sebab nak suruh lalu makan  tapi tak tahu lah atas selera orang hii..  lebih-lebih lagi nak pikir apa nak buat menu untuk pencuci mulut kan.. tekak abah dan bonda wani  tak boleh nak masuk kalau kuih moden-moden.. anak tekak boleh telan kuih tradisi jugak.. pelik kan.. kalau tibanya musim ramadan .. yang paling laku menu dessert ni mesti kuih-kuih tradisi .itulah yang pergi mengimbau nostalgia lepas-lepas .. buah melaka la, sagu pudding,tepung pelita la, jala mas la  dan macam-macam lah hii

kalau buat bab dessert ni mesti wani kena buat simpan sejuk dalam peti barulah mereka enjoy makan. kuih-kuih yang jenis kena makan sejuk dan lembut baru sedap.. jadi , disini wani nak rekomen kan dessert ni salah satu list yang wajib buat untuk bulan puasa nanti.. ini kali kedua dah buat, kali pertama dulu buat , dari pandangan mata dah jatuh ke hati.. bahaya betul kuih ni ... :D asyik nak makannnnnn jer..sedap sangat ..so, this is highly recommended untuk korang buat bulan puasa nanti ya,, rugi laa tak buat ..wani buat dah habis yang last bekas, esok dah buat.. sebab abah tak putus-putus cakap kuih ni sedap sangattttt..parents wani suka kuih yang lembik2 dan makan sejuk macam ni..

sejak wani mula berblog lagi kuih ni sangat famousssss ..rata-rata orang dok jaja kuih ni kat blog.. wani sampai seru baru nak buat tahun ni  haaaaaa... resepi dari kak fida my resepi.. please ya tolonggg buattt.. ini lagi satu resepi senang dan cepat , kacau2 dalam periuk dah siap.. yang ni wani buat separuh adunan dari resepi asal dapatlah dalam 10 bekas kecik2 tu ..tahan dalam peti dalam 4 hari jugak.. berbaloi la jugak kalau nak buat banyak ..terima kasih penyumbang resepi

BUBUR SOM SOM PANDAN 
SUMBER: QASIHKUQUINNEE

Resepi: kak fida@myr

by: quinnie@qasehququinnie.blogpspot.com

Bahan-bahan ( tergantung acuan atau loyang )

· 100 g tepung beras 
· 100 g tepung jagung 
· 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air) 
· 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes) 
· 1 sk garam atau secukup rasa 
· sedikit pewarna hijau (opt) 

 SIRAP GULA MELAKA :- 
· 500 g gula melaka 
· 1000 ml air 
· 2 helai daun pandan - disimpul  

Cara-cara 

1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan. 
2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga 
pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup. 
3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan. 
4. sajikan bersama dengan sirap gula melaka




Komen
1 Komen

1 comment:

aji nugraha said...

waw sedap sekali bikin perut keroncongan saja... saya lagi konsumsi Jelly Gamat Gold G Obat Kanker Lambung Tradisional apakan tidak apa apa makan makanan ini???

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign