25 May 2015

KETUPAT SOTONG

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua

Ramadhan dah tak lama dah.. Ketupat sotong ni merupakan salah satu menu sebagai pencuci mulut. Kalau rajin boleh la buat ketupat sotong ni..

lamaaaanya tak buat ketupat sotong..sekali jer post kat sini itupun beberapa tahun lepas.. jadi, lagi sekali nak post kat sini.. memang agak jarang buat ketupat sotong ni.. last wani makan tahun lepas masa beberapa hari lepas raya,, itupun orang bagi.. hii

ketupat sotong siapa la yang tak kenal memang pencuci mulut orang kelantan.. boleh masuk dalam kategori pencuci mulut ke sebab manis kan.. kalau betul-betul jadi ..ketupat sotong ia sememangnya berwarna hitam gelap dan likat kuahnya.. banyak letak gula melaka.. gula melaka pulak kena guna gula melaka yang hitam tu baru masuk,.. biasanya kalau kat terengganu, mesti ketupat sotong kuah nya putih..yang kelantan punya memang hitam gelap kalau kena cara.. dan juga sotong pun ada jenis sotong jugak nak guna.. yang wani makan tahun lepas, kecik2 jer sotong dia bagi  tapi elok jugak macam mini ketupat sotong pulak tengok.. tuan punya bagi tu ada bagi tahu.. nak buat ketupat sotong pun ikut jenis sotong jugak.. adei ada nak main jenis2 pulak.. wani guna jer sotong apa2 pun asalkan berbentuk sotong sudah.. :D

berbalik kepada resepi ni , wani tak buangkan kulit , jadi kuah nampak macam pink hii.. sebenarnya terlupa yang nisan hitam tu ada dalam peti, tapi pergi letak nisan kampung yang biasa.. jadi hasilnya kuah tak la gelap ..sotong pun tak jadi hitam jugak..



resepi sangat mudah, wani guna 9 ekor sotong sederhana besar sikit.. resepi tengok kat internet.. hii beras pulut tu rasa dah ngam2 dengan untuk 10 ekor kalau ikut resepi ni .sebab beras pulut ia akan kembang bila rendam.. wani rendam dalam 50 minit, bila nampak beras tu kita cuba patahkan, ia mudah patah, tandanya beras pulut tu  dah sedia untuk digunakan, .kalau jual yang dah siap mahal ni.. baik buat sendiri laa lagi baik.. walaupun ada penat ketika sumbatkan beras pulut dalam sotong hiii.. Selamat mencuba..

KETUPAT SOTONG
SUMBER:RESEPI KELANTAN


Bahan- bahan yang diperlukan


10 ekor sotong yg agak besar ( saya suka guna yang besar2 sbb puashati makan)
1 cawan beras pulut
2 cawan santan sederhana pekat
1 keping gula melaka
sedikit garam
gula secukupnya
2 helaidaun pandan
10 batang lidi (3-4cm panjang)

Cara:

-Bersihkan beras pulut dan direndam selama 30-45minit.kemudian ditoskan .
-Bersihkan sotong dengan mengasingkan kepalanya.
-Kemudian isikan beras pulut tadi ke dalam badan sotong 1/3 penuh. Tutupkan semula badan sotong dengan kepala sotong dan cucuk lidi diantara badan dan kepala supaya tidak tercabut. Buat hingga kelihatan kemas dan jika perlu guna 2 batang lidi.
- Susun sotong yang telah disiap kedalam periuk beserta daun pandan dan masukkan sedikit air untuk merebus sotong tersebut dalam tempoh 20min.
Setelah itu barulah dimasukkan santan dan gula melaka serta secubit garam sebagai pelengkap rasa manis dan lemak.
-Masak sehingga pulut didalam sotong itu masak..
-Sedia untuk dihidangkan.

NOTA: tip untuk membuang lebihan beras pulut yang melekat pada sotong setelah siap dicucuk ialah dengan mengalirkan air bermula dari ekor hingga ke kepala sotong. Dengan cara ni, tak payah buang masa nak buang dengan tangan, lambat 

















Komen
2 Komen

2 comments:

kak ruby said...

sedap nyer wani...kak ruby blum pernah wat lg, tp bila tengok gmbr yg ni nak try lah buat...

Mel said...

Itu hari tanya hubby, apa isi ketupat sotong ni, teringin juga nak cuba buat. Sekali wani up resepi ni, bolehlah cuba nanti. Tak pernah rasa ni. Teruja juga nak try.

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign