KELANTAN CHENG HO INTERNATIONAL FOOD FESTIVAL 2011 (KELCHEFF)

ASSALAMUALAIKUM...................


salam semua

tetiba nak belek klik "draft" tengok dalam 18 entry dok tengah draft ..sampai sekarang tak pos2.. :D .. dah taip panjang berjela ni ,,, baca je la ya entry ni tahun 2011 tahun pertama wani berblog..hiiiiiii..tak tahulah tahun ni buat ke tak ..kalau dulu buat tapi konsep yang berbeza dah la .. masa KELCHEFF kali pertama ni   tengah berlangsung , ramai peniaga-peniaga dari China datang sini..

Alhamdulillah , akhirnya tertunai jugak nak pergi melawat kat KELCHEFF 2011 baru-baru ini yang berlangsungnya selama 1 minggu ... wani pergi last day hari sabtu lepas.. ingatkan dah tak dapat pergi dah nak pergi mengexplore kat sana. rugi pulak ya kalau dah tak pergi alang-alang chef-chef dari Xinjiang datang, bila lagi nak tengok kan.. itupun ibu bagi tahu last minute, pergilah dengan abah dah tak bawa sesiapa pun, ibu tak nak pergi .. pergi sebelah petang .. panasnya time tu .. sabar jelah .. dah bersemangat berkobar- kobar nak pergi ni... nak tengok suasana dekat KELCHEFF.. sampai je area kota bharu, boleh la pulak tersesat sampai pusing-pusing satu KB.. bukan apa ,, tempat berlangsungnya KELCHEFF tu di adakan kat tempat baru BAZAAR TOK GURU.. wani pun belum boleh cam lagi kat mana bangunan baru tu hehe... padahal, masa pusing-pusing tu dah nampak ramai orang fokus kat tempat tu tapi dari jauhla nampak.. ingatkan tempat pameran tu kat  lain tempat international food festival area lain... tapi terfikir jugak takkan dia nak buat jauh-jauh pulak nanti jarak tu jauh pulak... last-last sekali tanya la orang rupanya jalan terus atas MUZIUM NEGERI KELANTAN sikit ,, dah sampai pun kat tempatnya ... adoi ... cari punya car park penuh la pulak asyik-asyik guard tu tunjuk kat depan sana... lepas tu jalan masuk lagi dan lagi alahai ada ke car park ni .. alhamdulillah nasib baik car park tu ada muat-muat untuk satu kereta. wani tak boleh nak lama-lama kat KELCHEFF ni ..sebab nak pulang awal .. ibu nak pergi hospital la pulak nak pergi lawat pak long wani yang operate mata pagi tu .. so tengoklah yang mana berkesempatan sahaja ... kita bercerita melalui gambar la pulak ya ...tak banyak ambil gambar, sekitar dekat pameran tu dan dekat booth international food...






 dah tak ingat apa dipanggil benda ni  hehe.. wani jalan-jalan tengok-tengok je .. sampai yang keterangan dia pun tak sempat baca.. tapi yang ni la benda paling besar dan berada tengah-tengah dewan













tasbih kayu wangi,, panjang betul tasbih ni 

nak pergi ke tempat booth international food tu kena lalu dekat  dewan pameran dulu.. alang-alang dah lalu, nak masuk dewan ni kena bayar fee RM 10 untuk 2 orang .. sebab dah last day, ditawarkan harga murah... ingatkan dah tak kena bayar dah.... pameran galeri ini diadakan pada dua tempat berasingan... yang tempat satu lagi, wani tak sempat nak ambil gambar, dan ada satu yang menarik perhatian wani ialah mangkuk porselin yang berisi air ,, besar jugak mangkuk tu.. bila dah masuk kat dalam tu dah ramai orang berkerumun tempat tu .. wani nampak ada seorang uncle sentuh mangkuk tu dan buat ala - ala tai chi tu  hehe.. ehh mangkuk tu mengeluarkan bunyi yang halus gemersik la.. sedap alunan muzik tu.. bergema dalam dewan pameran tu. wani tak sempat nak pergi mencuba sebab ramai orang...berkerumun kat situ 

yang ni kain kelambu kiswah tahun 1997 yang bernilai RM 72,000, bila bagi tahu ibu ,,, tahun ibu pergi ke Mekah 

pedang tak ingat pedang zaman bila ,, banyak betul jenis-jenis pedang kat sini .. rambang mata 

pedang lagi,,, memang besarnya pedang .. orang zaman-zaman dulu bertubuh besar ke .. tengok macam tak terlarat  nak angkat..

pakaian zaman perang. ada lagi yang nampak besar lagi dari yang ini tapi tak sempat nak snap picture

 pedang lagi,,, sekitar kat dalam dewan tu banyak tunjuk koleksi pedang.. yang ni tersangat la tajam hujung pedang tu. yang nampak macam kebiru-biruan dekat sarung pedang itu adalah batu.. tak ingat dah batu apa

 tulisan tangan ayat-ayat suci Al-Quran. Subhanallah


tersusun cantik tulisan tangan khat ayat-ayat suci ni.. orang yang begitu mahir boleh tulis macam ni.

yang gambar ni semua dekat sekitar dewan tu je .. banyak lagi khazanah-khazanah seni  islam yang menarik tak sempat wani snap picture.

Post a Comment

Previous Post Next Post