16 May 2015

KEK BUAH KUKUS SEDAP

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua dan selamat berhujung minggu

..panas membahang cuaca lately..ingatkan tadi nak hujan dah nampak titisan hujan.. lepas tu mentari kembali pansa, nampaknya tak jadi la hujan ..

 dah lama rasanya tak buat kek buah ni.. baru-baru ni hari jadi bonda wani, jatuh 13 Mei.. tapi sebelum tu ada tanya dia nak kek apa kalau nak makan, pantas bonda wani jawab nak kek buah ..kek buah memang favorite dia.. dia dah siap warning awal2 tak nak kek lain , kek coklat ke .. kek buah jugak yang sentiasa di hati.. sebab tu wani  tanya bonda, kalau buat kek lain tapi tak makan buat bazir je kan dah tak ada orang makan.. kek buah ni lagi satu memang cepat habis .. walaupun wani bukan peminat tegar kek buah.. dah buat menunaikan permintaan mereka pun dah ok dah..

untuk resepi kek buah ..resepi ni memang a keeper..wani tak pakai resepi lain.. dah banyak cuba resepi lain tapi resepi ni jugak bertakhta di hati.. lagipun penggunaan gula hangus dalam kek buah ni lagi buat kek ni bertambah sedap.. makin lama makin sedap.. dan untuk menampakkan lagi keperangan pada warna kek ni bergantung dekat gula hangus.. wani pernah cuba kurangkan gula dalam resepi ni kononnya nak kurang manis la kan dah la buah-buahan kering tu dah ada gula .. tapi tak menjadi sebab warna kek buah tu tak perang dan rasanya pun jadi kurang sedap sebab kurang nya gula hangus tu.. nampak tak betapa pentingnya gula hangus tu..




jadi jangan cuba nak kurangkan gula ..ikut betul-betul resepi ni.. gerenti menjadi.. macam jugak penggunaan buahan kering, jangan kurang jugak ya. kadang-kadang wani beli tak cukup ..go on jugak bakingnya ..hasilnya sedap cuma tekstur dalam kek tu nampak kurang kismis hii.. lain kali nak cuba blender buahan kering sampai hancur biar rata dalam kek ..itu atas cadangan bonda wani..

wani dah banyak olah resepi ni, kali ini cuba tambah 1 cawan air panas ke dalam gula hangus. nak suruh kek lagi lembap. yang tulisan bertanda merah tu dah olah tu ya ...dan kek ni simpan semalaman sebelum potong ..cara nak bakar tu tengok tip kat bawah.. kalau nak kukus pun boleh, tapi wani malas nak main tambah air dalam periuk hiii..dan selalu buat kaedah macam ni..terima kasih yang berkongsi, panjangkan resepi kat sini..ada ternampak pasal resepi buah kering  rendam dalam air teh pekat..sedap ke.. nanti nak cuba buat.. sebab wani jenis suka rendam2 buahan kering hii



KEK BUAH KUKUS
SUMBER: HANA MEMORIES
sumber rujukan : kak.sheila.spices journey
Bahan-bahan
· 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
· 350g gula pasir
· 60ml air panas ( saya guna 1 cawan air panas ) 
· 500g buah-buahan campuran - hana guna sultana dicampur dgn sedikit mix fruits
· 3 biji telur gred A ( ganti 4 biji telur gred B ) 
· 350g tepung gandum*
· 1 sudu kecil cream of tartar*
· 2 sudu kecil soda bicarbonat* - hana letak 1 setengah je
· 1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug* - hana x letak sbb xde stok ( ganti dengan serbuk kulit kayu manis ) 
· 1 sudu besar susu pekat
· 1 sudu besar sunquik ( tambah 2 sudu besar ) 
· 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
· Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan
· Ayak bahan bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit 
menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
· Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam 
adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
· Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan 
adunan kek ke 
dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
· Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)


· Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek 
dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).


NOTA: 

untuk potongan kek yang kemas dan cantik,simpan dalam peti semalaman, sebaik sahaja keluarkan dari peti terus potong

suhu ikut oven masing-masing, kek ini di bakar kukus dalam oven selama 3 jam dengan api bawah sahaja. selepas 1 jam 10 minit, cover  permukaan kek dengan kertas timah selama 1 jam  dan untuk 1 jam terakhir keluarkan kertas timah .cucuk dengan lidi untuk untuk mengetahui kek sudah masak atau belum

 guna loyang empat segi 9" x 9"

 telur hanya pukul dengan handwhisk sehingga sebati 

Komen
2 Komen

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign