04 May 2015

KEK BATIK NESTUM

ASSALAMUALAIKUM...



salam semua ..

lama tak bersiaran.. ada lori pergi langgar tiang telefon,,sebab tu internet tak jalan.. pelik tengah hari buta boleh langgar tiang.. banyak-banyak tiang, boleh langgar tiang telefon..  kalau malam tu boleh masuk terima alasan lagi kan .. entah nampak apa tengah jalan tak tahulah.. menyusahkan orang .. .oklah ya teruskan entry hari ini..

dah lama tak buat kek batik..ini kek batik pertama tahun ini. kek batik ni ingat kalau dulu memang wajib ada dalam peti untuk nak makan santai2

kek batik ni pun salah satu resepi yang tak lapuk dek zaman ..wani rasa sejak zaman sekolah lagi buat.sekarang ni pun rasanya budak darjah 6 pun dah pandai buat. berlambak resepi kek batik dalam internet...pilih la yang mana nak eggless ada yang letak telur pun ada. wani lebih suka tak letak telur, kalau letak telur pun paling kurang 1 biji ..kalau lebih dari tu rasanya dah tak makan dah ada resepi sampai 8 biji telur geleng kepala wani ..citarasa orang kot..

resepi ni hanya pakai coklat dan biskut ..rasa lebih sesuai tak pakai telur, maaf ya siapa2 yang suka letak telur. ..kek batik ni sedap makan sejuk . lembut la jugak sebab wani suka kemam dalam mulut :D.kalau suhu bilik lagi lembut .. tapi tak suka pulak..


oklah kepada sesiapa yang nak cuba resepi istimewa ini letak nestum.. bab nestum ni tak suka buat air ,tapi kalau bab nak jadikan sesuatu wani suka pulak.. hii ..kalau letak oats agaknya ok tak..sebelum ni pun macam2 dah jenis kek batik wani buat.. boleh la try search2 kat blog ni .. tapi mesti bentuk segi empat kalau keluar acuan....ada setengah orang suka kepal2 jadi bulat.. kalau wani buat kepal2 alamat tak jalan dah kerja lain hii...ok selamat mencuba..

KEK BATIK NESTUM
SUMBER:DARI DUNIA DAPURKU

BAHAN-BAHAN
300gm coklat compound
400gm biskut marie HWA TAI ( biskut brand ni sedap )
1/2 cawan coco powder
3 sudu besar gula pasir
1 tin susu cair
1 sudu besar butter ( wani guna sudu makan )
3 x 1/2 cawan nestum

CARA-CARA
1. Biskut marie dipatah 2
2.satukan coklat compound, coco powder, gula pasir, susu cair dalam satu kuali, buka api dan kacau perlahan sehingga semua bahan sebati
3. kacau sehingga adunan coklat mendidih, baru masukkan butter dan kacau sehingga butter cair
4. masa tahap ni, pastikan adunan coklat betul-betul mendidih lama sikit nak bagi pekat sebelum masukkan biskut marie.kacau selalu
5. kemudian, baru masukkan biskut marie dan gaul sehingga semua biskut disalut dengan coklat sehingga rata
6. tutup api dan baru masukkan nestum sikit -sikit, itu sebab buat 3 x 1/2 cawan. letak 1/2 cawan gaul rata dan letak lagi 1/2 cawan dan 1/2 cawan seterusnya .tak nak nestum  digaul di tempat yang sama.. nestum kan cepat melekat.
7. tuang dalam loyang empat segi 8 x 8 " ..ratakan dan tekan biar padat .sejukkan semalaman baru potong

NOTA: 

guna loyang empat segi  8 x 8 "

lepas biskut digaul rata dengan coklat masih ada lagi lebihan coklat, curahkan nestum dekat ada lebihan coklat tu ya sambil gaul rata.

tip untuk ratakan dan padatkan biskut tu dengan gunakan cling wrap menutupi permukaan atas loyang dan tekan dan ratakan biar padat.. tujuannya nak elakkan biskut tu melekat kat sudip, jadi bila buat macam ni tak adalah nak bila nak tekan tu  asyik melekat2 jer. 
Komen
4 Komen

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign