11 April 2015

THAI BASIL MAYO

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua

kurang betul nak letak pasal salad dalam blog ni bukan tak nak buat ..tapi nak beli sayur tu susah heheh..susah macam mano la.. bukan apa ..wani kalau bab beli sayur ni aii sayur ni tak boleh nak simpan lama...  yang wani beli nampak boleh simpan lama macam carrot, kubis bulat ,, sayur yau mak tu ..seminggu tu boleh tahan lagi..kalau beli hari ini bukannya nak terus guna esok ..kadang-kadang sampai tak ingat pasal sayur dalam peti :D

kali ini terlintas nak buat salad tengok semua bahan dah ada kat pantry ..tapi terlupa banyak bahan pulak bila dah lepas snap semua baru teringat nape lah tak masukkan chickpeas, jenis kekacang tu ada.. macam kosong je salad ..wani hanya letak salad yau mak tu ,,lepas tu tomato didadu, dan telur .. nak jugak rasa crunchy2 sikit dan nutty ..kalau letak shredded chicken sikit kan sedap barulah diet seimbang hii..  tak apalah nanti kita tunjuk lain kali..

kali ini nak tunjuk pasal Thai Basil Mayo.. kalau bab2 mayo ni wani tak pernah la nak campurkan dengan sesuatu..kali ini rajin nak campurkan semua bahan ni.. thai basil memang dah lama tumbuh dalam pasu.. daun selasih ni memang jarang betul nak guna dalam masakan.. kalau dulu tu baru belajar nak makan.. letak pun sikit2 sebab macam baunya kuat sangat.. nak kata pudina ada bau pudina jugak.. lain kali nak buat macam ni nak gaul dengan salad ..sedap jugak buat macam ni.. bahan-bahan pun mudah jerrr..kalau buat macam ni lepas tu simpan dalam peti.wani refer dekat web..tapi agak-agak la mayonis tu .. rasa tak kisah nak letak banyak mana yang penting rasa kena seimbang... wani suka bau bawang putih panggang.. rasa macam nak letak lebih lagi.. lepas panggang, cincang sikit baru masukkan dalam mayo

THAI BASIL MAYO
SUMBER:DARI DUNIA DAPURKU


BAHAN-BAHAN
1 cawan mayonis
3-5 ulas bawang putih panggang
daun selasih secukupnya dicincang halus  ( tak boleh nak agak tapi kalau letak banyak lagi sedap macam bau herba dalam mayo )
1/2 sudu teh serbuk lada putih

CARA-CARA
1.satukan mayonis, bawang putih panggang yang dicincang, daun selasih cincang dan serbuk lada putih.kacau rata.
2. kalau ada microwave, boleh panaskan sekejap dalam tu nak bagi panaskan sikit, keluarkan dan gaul sebati  .
3. cara lain paling mudah,  buat  panaskan secara double boiler, dan kacau sehingga semua bahan bergaul rata.
4.siap boleh dihidangkan

NOTA: gula dan garam tak dimasukkan sebab mayonis dah ada perisanya sendiri .. kalau nak masukkan tak kisah.. jika rasa masih tak seimbang
Komen
2 Komen

2 comments:

Bbwana adienia said...

mudah ja nak membuatnya kan wani :)

Wani said...

aah memang mudah semudah abc hiii

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign