Resepi Oreo Truffles Mudah Tanpa Oven Hanya 3 Bahan

Resepi Oreo Truffles Mudah Tanpa Oven Hanya  3 Bahan | Salam semua, Sebut saja truffles kalau yang tak biasa dengar memang geleng kepala sikit. Kalau yang dah biasa dengar istilah truffles, memang akan tahu apa benda. Truffles yang sis maksudkan ini adalah untuk manisan ya ke nak panggil pencuci mulut. Lebih kurang lah jugak. Secara ringkasnya,t ruffles adalah sejenis pencuci mulut yang diperbuat daripada bahan utama mesti kena ada coklat. Untuk bahan salutan luaran truffles ada letak kekacang ataupun salut dengan serbuk koko bagi menyedapkan lagi truffles. 

Resepi oreo truffles mudah

Secara tradisionalnya, truffles dibentukkan dalam bentuk bebola kecil. Untuk senang nak gigit. Kalau kalian google tengok gambar gambar truffles ini memang sangat comel rasa sayang nak makan pun ada. 

Sebenarnya perkataan truffles diambil daripada sejenis kulat yang paling mahal atas dunia. Ok kalian google sendiri eh kulat jenis macam mana tu.

Dah macam korek sejarah pulak sis cerita dekat blog. Orang putih yang panggil sebab bentuk nya seakan - akan sama dengan kulat truffles. 

Disebabkan masa nak bentukkan truffles lebih kurang sama dengan bentuk kulat sebab itu lah mereka letak nama truffles jugak. 


Resepi oreo truffles mudah

Sekarang ini, dah pelbagai variasi truffles yang muncul. Dengan biskut oreo pun boleh. Disebabkan bahan untuk resepi oreo truffles hanya 3 bahan saja, itu yang sis terasa nak cuba. Sekali tengok oreo salut coklat ni dah macam cake pops. 

Cuma penyediaan lambat sikit sebab bebola oreo kena bekukan sekejap sebelum nak kena salut dengan coklat. 


Resepi oreo truffles mudah


Nak cuba, resepi oreo truffles mudah. Tak payah guna oven. Lagipun hanya 3 bahan saja. Dah boleh jadi oreo truffles. Untuk cara simpan tu, memang sis simpan dalam peti.

Masa nak makan baru keluarkan truffles. Sedap makan sejuk - sejuk pulak, gigit pulak dengan salutan coklat luar. 

Buat peminat coklat di luar sana, jom cuba oreo ball resepi mudah ini. Ok, di bawah ini resepi ya. 

Resepi Oreo Truffles Mudah Tanpa Oven Hanya  3 Bahan 


Bahan - Bahan 
90gm krim cheese ( suhu bilik )
1 paket biskut oreo coklat filling
milk chocolate compound atau dark coklat compound 150gm ( dicincang kasar )  +  70gm ( dicincang kasar )

Cara - Cara 
1.Mula-mula sekali kisarkan sampai hancur biskut oreo sekali dengan filling. 
2. Dalam satu bekas masukkan oreo kisar dan cream cheese. Lenyek guna senduk nak guna tangan pun boleh sebab ia susah sikit nak bergaul. Gaul hingga  krim cheese sebati dengan biskut oreo tadi hingga putih cream cheese tu hilang. 
3.Bentukkan bebola kecil dan sejukkan dalam peti sekejap.
4. Didihkan air dalam periuk, setelah didih kecilkan api, letak mangkuk yang ada coklat 150gm  ke atas periuk tadi dan biarkan coklat tu cair ( pastikan mangkuk coklat tak tersentuh air panas kat bawah tu ) sebab itu kena kecilkan api.
5.Biarkan coklat cair, bila nampak cair sikit kacau sekejap -kejap, bila dah 3/4 cair, angkat dari periuk  dan kacau sampai coklat cair dan baru masukkan 70gm coklat selebihnya dan kacau sehingga cair dan tidak berketul. Boleh rujuk kat gambar nombor 4 dan 5
6. Keluarkan bebola oreo dan boleh mula salutkan dengan coklat. Biarkan keras dan boleh disimpan dalam peti untuk tahan lebih lama.
7. Jika ada coklat cair yang lebih. Tuang atas kertas baking, ratakan tunggu coklat mengeras dan buatlah apa-apa dekorasi tak nak ada pembaziran.

3 Comments

  1. mesti sedap ni oreo campur coklat Wani, comot tkpe janji sedappp kan

    ReplyDelete
  2. Ini yang rasa nak cuba ni adeiii...tertelan ayaq liur dibuatnya, bahan pun nampak mudah.. okay masuk list...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post