06 April 2015

DAGING BUDU

ASSALAMUALAIKUM...



salam semua

dah lama wani nak letak resepi warisan ni.. tersampai jugak hajat alhamdulillah.. resepi ni dari arwah nenek wani.. resepi-resepi dia memang a keeper.. dan kebanyakan semua adik beradik abah memang masak daging budu ni  untuk keluarga mereka .termasuklah wani... bonda belajar dari mertua dia ..dan diperturunkan kepada wani pulak.. mudah-mudahan resepi ni akan diperturunkan dari generasi ke generasi.. kadang-kadang kalau kita fikir kan.. bila kita dah tak ada kat dunia ini pun,, nama kita masih lagi disebut-sebut.lebih-lebih lagi kat dapur time memasak,, mulalah teringat kat arwah ni pandai masak tu pandai masak ni.. kalau wani bercakap pasal daging budu ni dengan bonda kat dapur ,, barulah nama arwah disebut-sebut... bukan kita lupa pada masa yang  lain tapi sumbangan yang diberi semasa arwah hidup ni walaupun hanya memasak, untuk keluarga . tapi nama dia tetap disebut-sebut.. ..

wani pasti orang lain ada cerita macam wani ni.. kita kan mesti ada resepi warisan  sendiri.. sebut pasal daging budu ni ..kalau penggemar  budu wajib buat resepi ni .. bagi orang yang tak suka tu tak boleh nak tolong ..heheh.. maklumlah budu ni dah menjadi identiti rakyat kelantan..kalau orang kelantan sendiri tak suka budu tak tahula tu.. wani ingat kawan wani zaman uni dulu orang johor..suka sangat la dia dengan budu.. sampai wani bawak budu dari kampung bawak masuk hostel ..time makan sama-sama cicah budu dengan ulam.. :D

resepi ni lagi lama lagi sedap .. esok kalau panaskan balik , kuah dia tu  dah meresap masuk dalam daging.. lagiii sedap.. dan biasanya ulam-ulam mesti kena sediakan sebab nak cicah dengan kuah yang pekat ..kuah tak boleh terlalu cair .. nanti hilang rasa.. dia kena pekat-pekat sikit dan bau budu pun mesti kuat jugakk .. jangan pekat sangat.. wani rasa dulu bukan senang nak bagi betul2 jadi daging budu walaupun resepi dia senang tapi kita nak main agak2 tu susah.. kena buat banyak kali baru boleh jadi sifu.. hiiii .."lengkuas kena banyak sebab kena bau lengkuas dalam kuah dia tak bau lengkuas tak sedap".. pesan Ayah Chik wani.. kalau time berkumpul cakap pasal masak-masak ni .. macam nilah

gambar kat atas tu kuah pun dah macam budu.. dan lagi satu daging budu ni memang pakai banyak lada burung tapi jangan lenyek masa sedang mendidih dalam kuah takut terpedas .. kalau nak pedas ,, nanti lenyek dalam nasi ya... bagi yang suka pedas kaw..kaw tu resepi ni sesuai la.. rasa lada tak effect pun dalam kuah .. .. bila makan nasi tu kalau rasa nak pedas lenyek lada tu .. sekali sekala wani lenyek lada tapi taklah makan lada sangat... ..bau lada burung ni pun penting dalam kuah..pernah buat dengan ayam tapi tak masuk.. kena dengan daging jugak... oklah ya resepi kat bawah.. kalau rasa nak manis sikit kuah boleh tambah gula melaka secukup rasa ya....

BAHAN-BAHAN
5 ulas bawang merah*
3 tangkai cili api*
3 tangkai lada kering*
1 inci kunyit*
1 inci lengkuas*
3 keping asam keping
lada burung dalam 15 tangkai
budu 1 1/2 senduk setengah
daging 400gm dipotong nipis serong
gula melaka 1/2 keret

CARA-CARA
1. bahan -bahan yang bertanda * dimesin halus
2. sediakan periuk, masukkan bahan yang telah dimesin, daging yang telah dipotong dan air 500ml .kacau rata dan letak atas dapur .
3. biarkan mendidih lama sikit baru masukkan asam keping dan lada burung . pastikan sampai daging tu empuk ..sekali sekala kacau jika air nampak kering tambah air ya.tapi jangan banyak sangat
4. bila daging dah empuk boleh masukkan budu dan gula melaka..reneh dengan api sederhana sehingga kuah tu nampak pekat sikit.. garam tak payah letak ya budu dah masin.. kalau rasa macam tak cukup masin tu tambah budu..lagi banyak budu lagi sedap..
5. gula melaka tu boleh tambah sekiranya nak bagi manis sikit.

nota : daging budu ni sedap sekiranya makan keesokan hari sebab rasa dia tu dah sebati. dalam daging..dan kuah pun lagi berperisa

budu tak kisah guna jenama apa pun tapi tahap kemasinan budu berbeza setiap jenama.. 

Komen
5 Komen

5 comments:

Nikee Me said...

dok rajin makan...aduhaiiii nanti nk try

Mel said...

Wahhhh..sesuai sangat hidangan macam ni dengan mel. Mel suka daging dan peminat budu juga. Tak pernah jumpa resepi ni. Tq ya..kena cuba ni kalau resepi turun temurun

Wani said...

hiii mesti kena cuba

Wani said...

hii memang kena cuba la kalau peminat budu

anajingga said...

tq for sharing wani, kak ana suka budu ni, tak pernah lagi rasa resepi ni, singgah dan follow wani ke 475 dan di request IG, btw cantiknya pinggan tu wani :)

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign