SMOOTHIE MANGGA COKLAT YANG SEDAP DAN MUDAH

ASSALAMUALAIKUM....


salam semua...

lama tak buat smoothie .. dan blog ni memang kurang resepi smoothie..terlintas nak buat sekarang ni musim mangga .. kat pasar berlambak-lambak. ambil peluang apa yang patut boleh dibuat dengan mangga ni .. macam-macam dalam fikiran nak buat apa dengan mangga.. dah mula rasa bosan pun ada haa.. asyik tengok mangga jer ...pauh putik nak buat sambal pun banyakkkkk sungguh... bonda wani dah macam 2 hari sekali buat sambal mangga ... aduh duh duh..tidak ke jemu buka tudung saji asyik nampak sambal mangga..

oklah bercerita pasal smoothie ni ,,lupa pulak jenis mangga apa wani guna..bab2 nama mangga ni kurang sikit.. tak tahu.. tahu buat jadi kan sesuatu boleh.... hii tak pernah wani terlintas nak gabungkan mangga dengan daun pudina dan juga serbuk koko.. bila minum tu rasa bau mint daun pudina.. tak sangka sedap jugak.. kalau letak ais ni lagiii sedap.. tapi yang ni wani tak letak ais ya.. kurang sikit bab2 ais ni..letak choc chip kat atas..

tertengok dalam web mana dah .. lupa pulak tapi nasib baik ingat ..sebab semangat nak mencuba.. cubalah ya .. lagi-lagi ada coklat siapa la nak tolak kan..


CHOCOLATE MINT MANGO SMOOTHIE

BAHAN-BAHAN

1 biji mangga dikupas kulit dan ambil isinya
1 1/2 cawan susu cair
1/4 - 1/3 cawan daun pudina
2  sudu besar coco powder
1/2 sudu teh esen vanila

CARA-CARA
1. sediakan blender dan masukkan kesemua bahan dan blender sehingga halus
2. tuangkan ke dalam gelas dan boleh hidangkan terus

NOTA: kalau nak masukkan gula ,optional.. dan smoothie ni wani tak letak ais, kalau nak masukkan optional jugak.

boleh masukkan yogurt sekiranya suka 

4 Comments

  1. nak kena cari mangga jugak ni kalau macam ni wani tergoda lah kaknoor

    ReplyDelete
  2. sedap jugak nie time panas panas kt sni...bleh la rietta cuba ptg nnti...

    ReplyDelete
  3. selalu rasa bersalah kalau letak ais sekali dalam blender. hehe tapi smoothie yg ada ais la sedap kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah memang smoothie sbenarnya wajib ais ni.. tapi akak x leh nak makan sangat ..perut tak leh.. hii

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post