04 April 2015

CHOCOLATE FUDGESICLE

ASSALAMUALAIKUM..



salam semua


selamat berhujung minggu semua ..gara-gara pasal GST ni meh la kita cuba buat DIY homemade ice cream ..heheh.. tak payah beli kat kedai lagi dah.. aiskrim paling mudah..putar mixer pun tidak.. acuan popsicle ni wani beli kat kedai RM 2...kira kedai paling murah la.. ingatkan tak ada ..rupanya ada acuan aiskrim kat sini.. ada yang satu lagi acuan tu wani beli kat Daiso tak silap tapi bentuk lain sikit..resepinya amat mudah sangat ya .. ada acuan tak pernah nak buat aiskrim mudah macam ni ..

resepi dia macam lebih kurang nak buat chocolate fudge macam choc topping kek pun ada ... tapi bila jadi aiskrim ni lagi sedappp.. satu adunan betul-betul muat 4 acuan ni ..ada la lebihan sikit-sikit melekat kat periuk.. kaedah tu lain sikit dari yang asal  sebab wani cairkan coklat secara double boiler.. nak buang dari acuan susah sikit aiskrim lolly macam ni .. ada tip dia...kali kedua wani keluarkan baru nampak elok  macam aiskrim

yang gambar atas tu first trial keluarkan dari acuan.. agak cair la sikit permukaan tu .. sebab cepat-cepat nak ambil gambar ... letak jugak la yang ni.jom semak resepi yang mudah ni .



HOMEMADE FUDGESICLE
SUMBER : CHOCOLATE MOOSEY
Hidangan untuk 4 pops


BAHAN-BAHAN 
1 ounce = 30 gm  coklat masakan 
1/3 gula pasir ( wani kurangkan sikit ) 
1 sudu besar tepung jagung 
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan susu 
secubit garam 
1/2 sudu teh esen vanila 
1/2 sudu besar mentega 

CARA-CARA 
1. coklat dicairkan dengan kaedah double boiler, bila dah nampak cair, masukkan susu dan tepung jagung,gula pasir , serbuk koko dan juga garam ..kacau biar rata sekejap.. 
2. tutup api dan pindah ke atas dapur lain, masak hingga semua campuran tu kelihatan pekat..kacau selalu ya tak nak bagi hangus kat bawah tu
3. tutup api dan masukkan esen vanila dan mentega ..kacau rata sehingga mentega cair 
4. tuangkan ke dalam acuan popsicle .. dan boleh sejukkan semalaman 

NOTA: tip untuk keluarkan aiskrim dari acuan dengan alirkan air paip dekat bahagian acuan asikrim tu.. jangan alirkan air lama sangat takut terlebih cair aiskrim tu.. alirkan sikit dan cuba buka.. kalau tak boleh lagi alirkan air lagi sekali 


Komen
2 Komen

2 comments:

Nooriah Abdullah said...

wah aiskrim ke ni wani macam sedapp je makan time panas ni

cheq da said...

Cam sedap jea wani

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign