06 March 2015

SAYUR YAU MAK / ROMAINE LETTUCE DENGAN BAWANG PUTIH DAN SOS TIRAM

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua

dah lewat malam.. mata masih terbuka.. update la apa yang patut..

panjang sangat tajuk resepi tu ya hii.. emm baru nak belajar makan sayur ni.. nape la tak jumpa dulu-dulu .. tak jumpa ke atau malas nak cuba.. ataupun dah pernah rasa tapi tak perasan.. macam-macam.. rupa-rupanya tekstur dia macam salad ..rangup je.. makan saja pun rangup.. kalau makan dengan nasi ayam ni pun dah sedap.. jakun sungguh :D..istilah bahasa inggerisnya romaine lettuce.. baru perasan orang putih suka buat salad sayur nih.. tapi jual kat pasar kita kat sini ..wani tengok ia dilabelkan sebagai Yau Mak.. tak ada lah tulis romaine lettuce..

sayur ni pernah digoreng,, tapi rasa macam tak masuk ..cepat lembik.. siap search lagi.. :D..akhirnya yang ni jugak berkenan dihati.. tak terlintas nak dikukus adei.. tapi resepi asal dia celur..masa kali pertama dulu dah celur .. cam tak masuk jugak :D asyik tak masuk jer ..  .. akhir sekali ambil keputusan nak kukus... sekejapnya kukus tu pun asyik buka tudung takut terlebih lembik ..tak nak hilang rasa crunchy salad tu.. tu la part istimewa sayur ni..

masyaAllah sedap.. semua orang kata sedap.. dah la simple nak buat ..wani memang suka bawang putih .. lagi la letak bawang putih goreng .. bawang putih goreng ni nampak ada yang dah jual siap.. tapi tak la sesedap yang kita goreng sendiri kan.. karot tu sebagai penyeri nak nampak warna warni .. lagipun masuk jugak.. semua bahan tu bolehlah tokok tambah sendiri ya ..macam minyak bijan tu  resepi asal tak letak..sebab nak feeling2 chinese style ,, letak la minyak bijan ..emm angkat 2 ibu jari ..selamat mencuba



SAYUR YAU MAK DENGAN BAWANG PUTIH DAN SOS TIRAM
SUMBER: DARI DUNIA DAPURKU
SUMBER : DAD BAKER

BAHAN-BAHAN
1 bungkus sayur yau mak ( wani guna 2 pokok  sayur tu maaf tak tahu nak panggil istilah apa hii )
3 - 5 ulas bawang putih dicincang halus
1 1/2 sudu teh minyak bijan
1 batang karot dipotong bulat
3 sudu besar sos tiram

CARA-CARA
1.mula-mula bersihkan sayur yau mak dan karot dipotong bulat dan kemudian dikukus.jangan kukus terlalu lama sayur yau mak tu ..takut terlebih lembik. tak sedap. karot pun dikukus juga sampai lembut.
2. bawang putih digoreng hingga agak keperangan dan ketepikan.
3. dalam satu pinggan, satukan sayur yau mak dan karot tuangkan sos tiram dan minyak bijan serta tabur bawang putih dan gaul rata hingga  kesemuanya bergaul dengan sebati.. simpan sikit bawang putih goreng untuk hiasan taburan

NOTA

Kalau tak suka pahit sangat, jangan letak banyak bawang putih 

sedia untuk dihidang segera


Komen
2 Komen

2 comments:

Mayang ABDUL RAZAK said...

itulah selalu makan gitu aje salad romain ni tak penah lak kukus atau goreng.. nanti boleh try..

Wani said...

cubalah sedap ni :))

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (20) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign