LIGHT CHOCOLATE CHEDDAR CHEESE CAKE

ASSALAMUALAIKUM....



salam semua

selamat berhujung minggu buat semua.. terima kasih kepada readers2 yang tak jemu singgah..wani bercakap pasal hal dapur je kat sini hiii.. ambillah apa2 ilmu yang patut ya.. sama-sama berkongsi  :))..

kita terus kepada resepi ya.ahai  dah lama betul dalam draft, ni baru ada kesempatan masa nak update ..masih lagi resepi yang sama tapi wani ada tokok tambah bahan .olahan daripada resepi LIGHT BLUEBERRY CHEESECAKE  dari ha sue


resepi kat bawah ya.. bila part nak lorek tu dah keras kejung tangan ku..pergi tergunting lubang piping beg tu besar..sepatutnya ia timbul kat atas la .. jadi cantik macam wani buat resepi cheesecake sebelum ni tu.. ni dah turun kat bawah blueberry.. tak apalah turun kat bawah sikit.. 

dah lama jugak tengok2 resepi choc cheesecake yang sesuai dengan tekak wani ni.. tapi semuanya tak masuk sebab coklat dia tak terasa sangat .. last2 olah sendiri la.. sedap ..penuh rasa coklat.. makan sejuk2 lagi nyaman.. selamat mencuba 

LIGHT CHOCOLATE CHEDDAR CHEESECAKE
SUMBER:sue hasue


BAHAN-BAHAN

300 ml susu segar ( wani ganti dengan susu coklat ) 
6 keping keju kraft
3 biji telur gred A
100gm gula halus
*60gm tepung gandum
*50gm serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila
110gm mentega / marjerin
blueberry filling secukupnya
1/2 sudu teh kopi ( wani guna granules coffee indocafe) 
1/8 sudu teh krim tartar

bahan-bahan yang bertanda * diayak

CARA-CARA
1.keju keping dan susu coklat /susu segar dicairkan secara double boiler.setelah adunan cheese cair , masukkan kopi/granule kopi dan akhir sekali mentega dan kacau sehingga tiada ketulan.ketepikan
2. asingkan putih dan kuning telur dalam mangkuk berasingan.dalam mangkuk kuning telur, pukul kuning telur dengan 1 sudu besar gula halus sehingga berkrim dan berbuih
3. masukkan adunan cheese ke dalam mangkuk kuning telur dan kacau perlahan sehingga sebati.
4. kemudian ayakkan tepung gandum ke dalam adunan cheese, kacau perlahan sehingga semuanya sebati dan masukkan esen vanila.ketepikan
5. putar putih telur sehinga berbuih,masukkan krim tartar dan putar lagi, masukkan gula halus secara berperingkat dan putar sehingga ia kental dan kaku ( bila terbalikkan mangkuk adunan, ia tak jatuh )
6. ambil dari 1/4 meringue dan kaup balik secara perlahan ke dalam adunan cheese. ambil lagi 2/3 meringue dan kaup balik sehingga sekata.ulangi langkah yang sama sampai kesemua meringue bergaul rata dengan adunan cheese
7. tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper dan sekiranya nak piping blueberry filling kat atas tu boleh ..hias ikut kreativiti
8. bakar pada suhu oven masing -masing yang telah dipanaskan dengan kaedah bain marie ( letak loyang kek ke dalam loyang berisi air panas ) dalam 1 jam 15 minit atau sehingga kek masak.boleh cucuk dengan lidi. jika tak melekat tanda sudah masak

NOTA 

guna loyang bulat 8"

ingat ya suhu oven masing-masing ..ulang kali cakap..wani bakar lama sikit kek ni

untuk mendapatkan tekstur cheese kek yang sekata, bakar dalam 1 jam 15 minit atau sehingga masak, guna api bawah sahaja suhu 150 C. bakar sampai permukaan atas tu agak keperangan. pastikan suhu oven masing-masing


3 Comments

  1. Xpe belajar dari kesilapan...tgk ko kek pun tak de la cacat celanya

    ReplyDelete
  2. Assalam Wani,
    Kak Wattie, nak sepotong kek tu, selalu buat tak jadi, huhuhu....

    ReplyDelete
  3. Assalam Wani,
    Kak Wattie, nak sepotong kek tu, selalu buat tak jadi, huhuhu....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post