Cara Nak Buat Kulit Limau Mandarin Oren Kering

ASSALAMUALAIKUM...


Salam semua, kadang-kadang bila datang sakit ni.. semua nya serba tak menentu nak buat kerja..maklumlah kan sakit tu datang bukannya nak bagi tahu kat kita.. sakit ringan2 pun sakit jugak.. huu..datang sakit pun nak suruh kita beringat-ingat jugak..oklah ya .. sakitsakit pun update jugak blog..

masih lagi ada orang simpan buah limau mandarin ni.. dah masuk awal bulan 3 ni ,, berkotak2 lagi buah mandarin oren.. dah nampak buruk pun ada nak pilih pun  tak lalu.. tengok dalam kotak siap .. masih lagi mahal harganya.. buah mandarin oren ni.. masa musim raya cina je ada kat negara kita ni.. wani berkesempatan nak bereksperimen dengan buah oren ni.. buah oren yang isinya mudah lekang dari kulit senang nak makan kan..

member BC banyak sangat pos pasal buah limau so wani tak ketinggalan nak bereksperimen jugak. terlebih dahulu baca jugak sumber - sumber dari internet maklumlah lah kita ni sikit sangat jer ilmu.. banyak ilmu nak kena hadap.. pasal buah limau pun nak kena cari ilmu jugak.. :D,, sekali setahun jer buah limau macam ni ..orang kata jangan membazir sebenarnya buah limau tu semua bahagian kita boleh guna bukan setakat makan isi limau jer.. kulit limau pun boleh makan lagi.. ada orang buat candy..itu masih lagi dalam waiting list wani.. hii

kalau dah tengok gambar kat atas tu kan .. wani jemur kulit ni dalam 4 hari dah.. paling kurang 3 hari .. 3 hari tu dah masa ideal kulit limau betul-betul kering .. harum semerbak tau walaupun kulit tu dah kering.wani suka bau kulit limau ni.. sekarang ni dah start  cuaca panas ambil peluang jugak nak jemur.. wani guna dalam 8 biji tak silap oren ni.. maklumlah nak main testing dulu.. wani ada post kat BC.. sahabat cina wani cakap dia ada simpan kulit limau kering ni dah 20 tahun .. wani macam tak caya..tak tanya pulak dia tak apa ke simpan lama maklumlah kan bukan bahan masakan yang selalu kita guna dalam masakan kita tapi apa salahnya nak mencuba kan .. lagipun bila wani tanya.. berderet mereka cadangkan resepi masakan apa yang sesuai dengan kulit limau ni....tak tahulah terbuat ke tidak...



dan lagi satu banyak jugak cara keringkan kulit limau ni ada yang guna oven tapi guna suhu paling rendah la.. ada guna food dehydrator itu bagi tempat yang  cuaca asyik lembap..tak pernah tengok wani food dehydrator ni ..dah orang sebut kita pun sebut jugak hii

bila simpan makin lama, ia semakin bau lebih  wangi tapi lama kelamaan ia akan jadi hitam dalam 1 - 2 tahun..tapi masih lagi boleh guna ..wani terbaca dari satu sumber.. ish entah betul atau tidak. tapi pastikan kulit limau tu betul-betul kering sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.oklah ya wani akan sharekan kat sini resepi ..kulit limau pun resepi jugak hiii.. masih lagi tak guna ..insyaAllah kalau ada kelapangan wani akan share apa yang wani buat dengan kulit limau ni ya.

Cara Nak Buat Kulit Limau Mandarin Oren Kering

SUMBER: CHRISTINE'S RECIPE

BAHAN-BAHAN

Anggaran 10 biji limau
Garam
Air

CARA-CARA

1. buang kulit limau, kalau boleh kulit dia tu kupas sekali atau 2 kali kopek je.. sebab kan limau ni mudah lekang dari isinya kan.. senang nak cuci nanti nak buang putih kat dalam kulit limau tu
2. sediakan air dalam mangkuk yang boleh tenggelamkan kulit limau dan masukkan garam.. agak-agakla garam tu ya.kacau sikit biar garam dan air tu sebati sikit
3. rendam kulit limau dalam air bergaram nak bagi hilang wax kat kulit limau tu.. gosok-gosok sikit cuci nak guna dengan berus gigi pun boleh..
4. rendam dalam 30 minit, bila dah nampak urat putih kat kulit limau dah mula serap air tu boleh la mula mengikis guna sudu .. buang yang urat putih tu pahit..
5. masa proses merendam ni urat putih senang nak buang.
6. bersihkan kulit limau dan mula atur atas dulang   dan jemur dalam 3- 4 hari dan pastikan kulit limau betul-betul kering sebelum disimpan dalam bekas kedap udara




7 Comments

  1. Assalam
    kulit limau kering, rajinnya

    ReplyDelete
  2. salu tgk asam kulit limau yg ada jual kat kedai..sdap..smells good..=)

    ReplyDelete
  3. boleh buat asam ..hihi..sedap ye

    ReplyDelete
  4. senang ja nak buat kan wani...wana suka makan yang selalu dijual dikedai tu :)

    ReplyDelete
  5. WAH TAK SABAR NAK TAU APA YG BOLEH DI BUAT DGN KULIT LIMAU NI

    ReplyDelete
  6. Wani, bagus idea ni. Kak pun ada 3, 4 biji lg buah limau ni, dok ingat nak jamu Cik Pah dah ni. Nanti nak cuba cara Wani wlaupun dlm hati rasa cam jakun pulak nak buat apa nanti dgn kulit limau kering tu nanti

    ReplyDelete
  7. Wani, bagus idea ni. Kak pun ada 3, 4 biji lg buah limau ni, dok ingat nak jamu Cik Pah dah ni. Nanti nak cuba cara Wani wlaupun dlm hati rasa cam jakun pulak nak buat apa nanti dgn kulit limau kering tu nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post