02 March 2015

CHOCOLATE BUBBLE RICE SQUARES

ASSALAMUALAIKUM....



salam semua

bertemu untuk entry kali ini ya .. wani dah tak sabar nak post resepi ni :D..coklat..coklat ..coklat ada yang tak suka coklat ke.. sebenarnya bubble rice ni dah lama beli.. tabiat penyakit..nampak kat kedai terus beli tapi tak tahu nak buat apa..hiii..last-last inilah hasilnya ..kebetulan semua ada dekat pantry .. coklat compund pun baru beli..wani guna brand coklat ni macam gambar kat bawah tu.. coklat ni SEDAP... sebab tuan kedai yang recommend.. harga RM 15.50 memang sedap .. tak macam coklat compund satu lagi rasa macam lemak.

resepi pun mudah je... semua orang kata sedap..laku sekejap jer habis... :D  kena buat lain kali tapi tengok bubble rice dah tinggal sikit.. kena restock balik ni.. untuk rasa nutty tu wani letak almond nibs jer.. kalau kalian nak letak kekacang lain terpulang.. macam-macam boleh letak... tapi rasanya kena cincang sikit baru masukkan ke dalam adunan coklat .. wani guna bubble rice yang warna coklat tu bukan yang putih..



buat tertebal sikit sebab nampak macam sikit , bila time letak dalam loyang nak ratakan tu eh macam nak nipis sikit lagi.. sebab dah sejuk wani potong ni agak patah berderai sikit.. so lain kali kalau buat macam ni nak ratakan lagi nipis atau tak pun kalau nak letak dalam rubber mould pun boleh.. nak bagi nampak kemas kan..  selamat mencuba ya ... :))

CHOCOLATE BUBBLE RICE SQUARES

BAHAN-BAHAN

170gm bubble rice
260gm coklat compound dicincang kasar ( milk compoud chocolate ) 
50gm almond nibs ( dipanggang )
1 sudu besar mentega
3 sudu besar peanut butter ( wani guna sudu makan )
1 sudu besar madu atau boleh ganti dengan golden syrup  

CARA-CARA 

1. dalam satu bekas tahan panas, masukkan coklat compoud 200gm. dalam satu periuk yang berisi air, letakkan mangkuk yang ada coklat tu ke dalam periuk tersebut ..( kaedah double boiler ),
2. pastikan mangkuk yang ada coklat tidak tersentuh dengan air panas kat bawah tu.. 
3. bila dah nampak coklat  mula cair kat bahagian bawah, masukkan mentega, peanut butter dan madu. kacau sekejap sehingga sebati.dan tutup api..
4. masukkan lebihan coklat 60gm kacau sehingga coklat bergaul sebati
5. dalam mangkuk lain campurkan bubble rice dan almond nibs.tuangkan coklat cair ke dalam adunan bubble rice dan gaul hingga coklat bersalut sekata dengan bubble rice
6. tuangkan dan ratakan ke dalam loyang yang dialas dengan kertas foil ataupun baking paper 
7. sejukkan dalam peti dalam 4 jam atau semalaman dan barulah boleh dipotong 

NOTA 

1. next time wani nak ratakan agak nipis sikit lagi.. sebab guna loyang empatsegi 9 x 9" hasilnya agak tebal..ataupun nak nampak kemas boleh guna rubber mould ..ingat nak beli la satu.. 

2. pastikan lepas potong letak dalam bekas simpan dalam peti..nak makan baru keluarkan.. wani tak syorkan simpan kat luar ..  sedap makan sejuk-sejuk.. 

3. lagi banyak coklat compund ni lagi sedap .. 



Komen
4 Komen

4 comments:

J. Afiqah said...

Nampak sangat sangat sangat tempting....

Mayang ABDUL RAZAK said...

wah besnye kalau buat kudapan

Siti Aisya Ibrahim said...

wahh senang jer nak buat dia...nnt nak cuba lah...cuti2 sem ni, banyak masa, boleh men-try resepi2 kak wani :D suke resepi ni! :D

zahira badria said...

Bagus artikelnya.. padat dan berisi, semoga selau sehat, rejekinya tambah banyak dan sehat selalu.. salam sukses buat teman-teman semua..amiin
Tempat Kursus website, SEO, Desain Grafis Favorit 2015 di jakarta

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign