KUIH APAM MEKAR MANDARIN OREN / HUAT KUEH

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua

selamat berhujung minggu

biasalah bila musim perayaan, buah mandarin oren ni mesti kena beli .. ni pun tengok kat kedai dah murah sikit..sampai buruk pun ada maklumlah dah lama dalam kotak tu kan..jual pun masih berkira lagi.. wani pun sebenarnya macam-macam idea nak buat apa dengan mandarin oren ni .. maklumlah kadang-kadang bila time dah ada ni terpikir jugak nak jadikan sesuatu dengan oren selain daripada makan macam tu je kan..tapi tak sempat jugak.. sempat yang ni jugak..

dalam blog ni tak pernah wani letak pasal kuih apam ni ..entah nape la ... resepi dah banyak betul asyik copy paste.. ..pernah buat macam buat tak ada semangat sangat ..ada macam jadi ada macam tak jadi.. nak ambil gambar pun tak ada semangat :D..ahai macam-macam.. tapi rasa yang ni nak letak jugak.. resepi ni dikongsi oleh seoarang rakan cina dari baking corner.. bab- bab kuih ni ..mereka panggil istilah lain iaitu Huat Kueh..dalam page tu dok dengar HUAT AH... HUAT AH.. je.. hii sebenarnya wani pun tak faham apa maksud "huat" tu.. takut main pandai sebut ..maksudnya lain.. tapi sebenarnya maksud dia tu membawa maksud baik la.. makna dia kemakmuran, kejayaan .. kuih ni macam kuih bawa tuah la .. tapi seronok jugak belajar dialek mereka ..tapi kalau kita macam kuih apam la kan

wani dah lupa nama apa member tu  tapi huat kuih dia buat ni ya Allah memang kembang mekar sungguh ..memang menjadi.. yang ni pun buat sebab tak ada double acting baking powder pakai baking powder biasa pun oklah jugak .. .. wani go on jugak dengan projek ni.. hasilnya macam ni la .. first batch .. wani kukus dalam 5 dulu sebab steamer kecik.. semuanya mekar tapi mekar macam ni la... yang second and third  tu tak berapa nak jadi dah... tak tahu apa la  silap.. atau mungkin doh lama sangat kat luar ke sebab tunggu Q kan.. bonda wani cakap dah habis gas kot kikiki...

oklah ya resepi kat bawah ya ..selamat mencuba



KUIH APAM MEKAR MANDARIN OREN
SUMBER : BAKING CORNER

BAHAN-BAHAN
untuk starter doh

1)
100ml air suam
1 sudu teh yis
100gm tepung gandum

2)
250 gm tepung gandum ( superfine atau tepung pau ) wani guna tepung pau
2 sudu teh double acting baking powder
150gm gula
250gm jus mandarin oren
1 biji telur
beberapa titik pewarna kuning telur

CARA- CARA
1. untuk buat starter doh, satukan semua bahan ke dalam satu mangkuk dan gaul sebati..ketepikan selama 1-2 jam pada suhu bilik hingga ia menjadi double saiz
2. masukkan jus oren dan gula ke dalam starter doh ( bila dah jadi double saiz )  dan gaul rata
3. masukkan tepung gandum, sikit demi sikit dan masukkan telur, gaul rata dan masukkan beberapa titik pewarna kuning.kacau hingga sebati
4. sudukan dalam paper cup hingga 3/4 penuh nak bagi ada kembang merekah
5. kukus dengan api besar dalam 20-25 minit

NOTA 
1. periuk kukusan mesti dipanaskan terlebih dahulu sehingga air mendidih baru kukus
2. mesti kukus dengan api besar untuk flower effect 
3. peringatan untuk wani next time buat guna double acting baking powder bahan wajib kena letak kalau tak, tak berapa nak mekar.






2 Comments

  1. dah lama akak tak buat apam ni wani boleh try, mesti wangi limau mandarin tu kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post