17 February 2015

BLUEBERRY MUFFIN

ASSALAMUALAIKUM...



salam semua

dah tengah malam ni baru buka blog hiii.. dalam 3 hari lagi nak sambut tahun baru cina ..rasa dah ada orang start bercuti.. apapun selamat bercuti ...berhati-hati dijalan raya..

oklay ya sambung cerita.. dah lama tak buat muffin ni ..agak jarang nak buat muffin..mungkin sebab tekstur dia berat macam tu kot.. tak lembut sangat macam cupcake.. tu yang kureng nak bereksperimen.. tapi sebelum ni pun dah banyak kali buat.. cuma muffin ni walaupun kaedah nya nampak mudah tapi silap step sikit.. alamatnya keras kejung la muffin hiiii ..bila kita dah banyak bereksperimen ni .. tahu lah sifat-sifat dia macam mana..

kali ini wani buat blueberry muffin.. blueberry ni agak jarang jumpa .. kalau jumpa pun .. tengok mahal yang amat sangat.. tapi entah nape ..bila tengok yang ni murah pulak sekotak.. murah sikit2 hiii ..terus la ambikkk..dalam otak dah terlintas blueberry muffin sebab sebelum ni wani ada pernah buat muffin tapi letak jem blueberry la ..dalam resepi nak fresh blueberry ..dah masa tu tak ada ..gunalah apa yang ada kan.. emm suka tengok color purple tu...ingat nak letak crumble kat atas tu.. fikir nak cepat ... malas pulak nak buat crumble tu.. lagipun time buat ni dah agak lewat.. wani tak boleh tengok buah simpan lama takut tak fresh.. semalam beli ..terus guna untuk esok..

resepi ni ambil dari dapur kak azie.. dia cakap tekstur muffin ni lembut.. lagipun bahan-bahan nak buat muffin ni pun mudah je.. cuma satu jer wani confused.. nak buat muffin ni boleh main putar mixer ke.. sebab tak pernah buat kikiki..... wani main godek2 jer sebelum ni..sebabkan nak godek2 dia pun main lembut2 kan. Tapi tak apalah cuba jugak buat.alhamdulillah menjadi la jugak.. tapi wani suka makan time panas2 tu.. bila dah sejuk kureng la pulak.. yang lebih tu wani p simpan dalam peti nak makan reheat jer..

terima kasih kak azie... kalian boleh la cuba resepi ni ya ..



BLUEBERRY MUFFIN 
SUMBER: AZIEJAYA
Grandmother Hinckley's Blueberry Muffin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 sb butter
2/3 cawan gula kaster
1 biji telur - pukul
1/2 cawan susu
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
1/2 sk garam ( wani tak letak )
1 - 1 1/2 cawan fresh blueberries
1 sk vanilla extracts (saya tambah)

Putar mentega bersama gula sebelum dimasukkan telur. Kemudian masukkan susu.

Masukkan pula tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan akhir sekali masukkan 

garam.

Kemudian masukkan fresh blueberries yang telah dilap kering dengan kertas tisu. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin yang telah di spray dengan canola oil atau masukkan ke dalam cawan 

kertas.   

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20-25 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven.

Semasa masih panas, berus sedikit mentega cair dan taburkan dengan sedikit gula di atasnya. 

Kalau tak suka, pun boleh dibiarkan begitu sahaja. Sejukkan atas redai. 

NOTA: wani bakar dalam 20 minit suhu 150 C.. pastikan suhu oven masing-masing 

Next time, nak masukkan tepung gandum diselangseli dengan susu.


Komen
3 Komen

3 comments:

Rohah said...

Wahhhhha....sedapnya...akk peminat tegar.tp tu la blueberry asli mmg mahai...hihiii

tun_telani said...

Salam wani.. tun xpenah beli blueberry.. sblm ni mkn mapin blueberry rasa masam blueberry dia, tu yg terbantut sket tu nk beli. huhu... ha'ah la, biasa muffin ni gaul2 je, ni pakai mixer mcm cupcake pulak.

Bbwana adienia said...

wah..nyum2..bestnya wani letak fresh blueberi..best2!!! :D

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign