09 January 2015

MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE

ASSALAMUALAIKUM....


salam jumaat semua ... mendungnya hari ni dah 3 hari dah ... baru ada mood wani nak membaking ..alhamdulillah .. masa hujung tahun 2014.. wani tak ada mood langsung.. kalau buat pun entah nape tak berapa nak jadi..hemm fikiran melayang layang time tu.. oklah tanpa melengahkan masa , entry kedua untuk tahun 2015.. wani beli cream cheese tahun lepas lagi tak guna guna .. bulan 7 ni expired.. fikir fikir jugak nak buat apa.. last last rasa macam dah lama tak makan kek marble choc cheese... itu yang terus green light tu..

rasa sebelum ni tayang sekali jer kat blog ..entah la ingat ingat lupa... dah lama rasa tak main putar mixer bila buat kek yang kena pukul gula dan butter.. malas sebenarnya hiii. sebelum ni buat kek yg guna minyak tu sedap tapi tak la sesedap guna butter... kek ni memang lembut ..ditambah lagi dengan lapisan cheese.. wani ingat kalau next time nak bagi cheesy .. nak buat double untuk adunan cheese tu.. lagi bertambah sedap.... wani guna loyang 9x9 inci...

suatu ketika dulu memang meletop kek ni.. sampai sekarang meletop letop..wani suka makan sejuk-sejuk macam aiskrim gitu sebab kek ni kan lembut sangat  tambah tambah ada gigitan cheese pulak .. terima kasih empunya resepi.. panjangkan kat sini pulak.. sudi sudilah mencuba.. tak rugi...




MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE 
SOURCE: HIDANGAN SEDAP OLEH MESRA SELERA 
Sumber resepi:yatiememories
sumber:Rohaisha

Bahan A:

250 gm mentega
1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
5 biji telor gred A
1/2 cawan serbuk koko *
1 1/2 cawan tepung halus *{sy guna tepung gandum}
2 sudu kecil baking powder * {bahan * diayak bersama}
1 sudu kecil pewarna coklat / coklat emulco
1/4 cawan susu cair

Bahan B:

250 gm cream cheese
3 sudu besar gula halus (gula kastor)
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur gred A

Cara-Cara:

1.Panaskan oven pada suhu 160 drjh C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan 
kertas minyak. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula hingga putih.
3.Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
4.Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dengn susu cair hingga habis.
5.Gaul rata dengan spatula.Ketepikan.
6.Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. 
Putar hingga sebati.
7.Masukkan telur dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
8.Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
9.Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
10.Tuangkan baki adunan coklat (akhir) dan ratakan.
11.Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
12.Cucuk dengn lidi untuk test sama ada kek sudah masak atau belum.Jika keluar licin bermakna 
sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.
Komen
5 Komen

5 comments:

rahel said...

lawanya kek itu....

tun_telani said...

salam wani..ni salah satu kek yg plg tun suka..dh lama xbuat sejak ada mcm2 resepi kek ni kn..

Bbwana adienia said...

assalam wani..

ni pun salah satu feberet wana..sedap kan kek ni wani..

cheq da said...

Sedapnya..lama dh xbaking kek..

Siti Aisya Ibrahim said...

nampak sedaplah...terliur plak kite...dah bookmarked, nnt nk try lah :D

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign