27 January 2015

IKAN GORENG KICAP BERSERAI

ASSALAMUALAIKUM....


salam semua selasa dah hari ni .. kurang 5 hari lagi kot nak masuk bulan 2 ... sekejap sungguh.. ... oklah ya teruskan entry hari ini.

Asyik tayang kek jer.. hari ni tayang ikan goreng pulak.. bukan sebarang ikan goreng hiii... ikan goreng kicap pun makan bertambah nasi.. jangan ambil remeh masakan mudah macam ni kan.. boleh jadi 10 bintang kalau makan... bila memasak ni rasa tak usah nak pikir susah2 .. apa ada bahan kat dapur tu gunalah kreativiti kita nak masak apa.. macam masterchef gitu kan :D...

lupa dah bila buat nih tapi baru lagi tahun ni ... daripada tak bercerita gambar ni baik ku bercerita sikit kat sini.. dapatlah bagi idea kalian semua nak masak apa.. guna pun bahan yang mudah jer .. yang penting sos manis ABC.. sejak main masak2 guna sos manis ABC masih setia denganmu hiii.. ni gara2 iklan punya pasal.. kalau tak iklan rasa tak terbeli kot.. oklah semak resepi ya... ikan ni wani suka goreng garing.. dan suka betul bau serai dalam ni.. kalau main reka2 resepi memang tak miss serai mesti kena letak :D.sos2 tu boleh lah ikut suka hati nak letak kuah banyak mana ya..


IKAN GORENG KICAP BERSERAI
SUMBER  :DARI DUNIA DAPURKU

 BAHAN-BAHAN

6 ekor ikan kembung dikelar dan digoreng
1/2 bawang besar dibaji
3 ulas bawang putih diketuk sekali dengan kulit
1 batang serai dihiris nipis
l biji lada hijau dihiris serong
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tomato *
2 sudu besar sos cili *
1 sudu besar sos manis ABC *
1 sudu besar kicap manis *
gula dan garam secukup rasa

CARA-CARA
1. tumis kan bawang putih beserta kulitnya sekali sehingga naik bau sikit dan masukkan hirisan serai.. dan tumis lagi hingga bertukar warna sikit..
2. masukkan cili kisar dan tumis sampai naik minyak
3. masukkan semua sos dan  kicap manis kacau rata dan masukkan bawang besar dan hirisan lada hijau.
4.letak garam dan gula secukup rasa dan  tambahkan sedikit air ke dalam sos ..kacau rata sehingga pekat dan masukkan  ikan yang telah digoreng ..kacau rata sehingga semua sos sebati dengan ikan
5. siap dan boleh dihidangkan

NOTA : semua bahan yang bertanda * sos-sos dan kicap manis tu boleh ditambah ikut citarasa ya... 
Komen
3 Komen

3 comments:

Bbwana adienia said...

resepi yang mudah dan sedap pula tu wani..sedap ni makan dengan nasi panas :)

Nooriah Abdullah said...

yang simple2 goreng2 gini mmg terbaik wani, lagi banyak sos lebih sedappp

anajingga said...

betul tu Wani, anak-anak kak ana kalau makan nasi dengan ikan kembung goreng berkicap ni punyalah selera.. :)

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign