14 January 2015

CHURROS

ASSALAMUALAIKUM...


hari ini dah masuk 14 hari di tahun baru.. sekejap kan..oklah ceritera hari ini...

kali pertama menchurros.. terpaksa dimelayukan pulak churros ni hiii atau isitilah melayunya kuih belimbing sebab orang cakap alur dia tu macam buah belimbing ..macam macam orang letak nama.. wani terbaca dalam web jugak ni :D.. emm kesimpulannya .. entah jadi ke tak... hiii..biasanya wani dok tengok dalam tv je dan juga dari rakan blogger.. tak pernah nak beli atau nak buat sendiri ..sekali tengok cara macam nak buat cekodok jer.. gaul gaul tapi yg ni kena gaul dalam periuk dan kena masak hii.. walaupun resepi nampak mudah tapi bagi wani agak leceh masa nak goreng ,, kena guna piping bag.. itu pada pandangan wani la ya.. pandangan orang lain tak tahu.. 

terbaca jugak dari web .. kalau tak pandai control api tu masa nak goreng alamatnya boleh jugak churros ni undercooked.. itu yg wani cakap tak tahu jadi ke tak sebab kat dalam tu nak kata tak masak macam masak.. masuk jer dalam periuk panas .. ehh sekejap jer dah nak perang .. rasa api tu dah kecik dah.. lebih kurang dgn cream puff tapi yang ni digoreng.. saja ni orang putih nak buat versi goreng .. adunan masih sama hii .. wani buat sekali je cream puff.. kali pertama buat menjadi.. bila tengok resepi churros ni terasa membuak buak nak mencuba..so tahan dulu nak buat cream puff kali kedua .. oklah dah cuba buat churros  .. so, post lah jugak kat sini.. menandakan ku dah buat churros yang famous ni...:D

resepi pun macam macam ..pening mana satu nak ambil.. last last try resepi ni dulu.. ada yg tak letak telur pun ada .. ada letak telur dalam 4 biji pun ada.. untuk 1 cawan tepung gandum.. resepi ni hanya guna 1 biji telur jer.. sebab itulah wani cuba yg ini dulu hiii..churros ni wani tak salut apa apa pun ..kira makan macam tu sedap jugak.. terima kasih penyumbang resepi ...selamat mencuba ..ya.. 





CHURROS

Source: AZHAFIZAH
Sumber : ZALINZALINA

Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum ( wani guna 1 1/4 cawan ) 
1 sudu besar butter
1 cawan air
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla
1biji telur
Nozzle muncung bintang
Piping bag
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-Cara:
1. Didihkan air, masukkan butter, gula dan garam . Kacau sebati dengan api yang sederhana
2. Perlahankan api, masukkan tepung sikit atau dengan cara mengayak supaya tepung tak berketul. Kacau sehingga rata dan tutup api.( Agak berketul sikit tapi jangan risau dah uli nanti okaylah)
3. Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu. Kemudian masukkan esen vanilla dalam 
adunan tepung tadi, uli sebati gunakan tangan bila adunan dah  sejuk sedikit.
4. Masukkan adunan dalam piping bag
5. Buat bentuk stick atas baking paper (kalau takde boleh tabur tepung je sebab tak nak bagi 
melekat). Untuk first time buat ni bentuk masih tak proper lagi ni.Takpe, belajar kan.
6. Masukkan minyak dalam kuali, goreng dengan cara deep fry. Pastikan api perlahan supaya tak 
    hangus. Bila dah warna kekuningan terus angkat.
7.  Salutkan churros dengan gula halus dan sedia untuk dihidang!


Komen
3 Komen

3 comments:

Nooriah Abdullah said...

salam wani, kaknoor pun lama gak tan menchurrus ni macma sedappp je kan

Bbwana adienia said...

rajinnya wani menchurros..wana belum try lagi buat..tapi nampak menarik pula bila dah dimelayukan.. :)

Azwar Syuhada said...

Thank for resepi, bolehlah cuba buat lepas ni :)

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign