25 October 2014

MERINGUE KISSES

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua

salam maal hijrah 1436  buat semua ... besar maknanya hijrah buat kita... semoga penghijrahan kali ini lebih bermakna bukan sahaja buat diri kita ..tetapi mendapat keredhaan Nya. oklah kali ini wani nak share resepi meringue kisses.. rasa orang lain dah berlambak dah buat ,,wani sorang je agak ketinggalan ke belakang sikit hiii.. pavlova tu pun agak jarang2 nak buat itupun entah jadi ke tidak masih dalam experiment.. sebabnya apa ...sebab wani asyik main kurangkan gula... dalam resepi cakap kalau kurangkan gula tak berapa nak jadi sangat.. sebab itu setiap kali wani buat pavlova entah berjaya ke tidak pavlova ku hiiii..

kali ini cuba buat meringue kisses ,, kali ini tak kurangkan gula ...first time buat bakar pun agak lama jugak dalam 40 minit suhu 110C.. nak bakar dalam 20 minit tapi takut tak kering.. kalau tak kering alamatnya tak boleh nak regang la kat bawah tu.nampak je senang resepi kan.. wani buat ni boleh la dalam 2 loyang tapi nak bakar sekali gus itu masalahnya .. bakar la dalam first batch dulu .. lepas tu keluarkan cepat cepat nak masukkan second batch.. jadi.. yang first batch tu .. nampak agak kecut.. macam gambar kat atas tu.. kan .. nampak kan ..



tapi ok lah tu kan rasa macam happy jugak sebab menjadi.. dan seronok pulak tu bermain dengan color.. memang betul la macam orang cakap kenyal kenyal cam tu.. sekarang ni pun masih ada lagi berbaki makan sikit sikit.. hihi .. time wani buat tu cuaca agak kering jugak bila ke tengah hari sikit tu mendung .. .. rasa meringue ni dia x boleh nak terdedah kat udara sikit ia melekat2.. time nak bergambar ni pun dok asyik main sentuh2 dah nak lekat dah kat tangan...tapi bila dah letak dalam air tight container .. dan esok nak ambik makan  tu dah macam cookies pulak..

gabungan color tu cantik kan wani buat ala ala swirl.. first time nak buat ni rasa macam tak menjadi sangat..sebab makin lama kita picit keluar dah nak dekat habis tu .. warna tu dah macam kurang dah..
wani kongsi resepi kat sini ..inspired kat satu web ni tapi dia dah main macam letak filling kat tengah tu.. wani rasa tak perlu la kot .. meringue saja pun dah teramat manis dah..  kepada sesiapa nak belajar buat meringue guna 1 biji telur .. boleh la guna resepi ni ..

FOLLOW BUTTON SEBELAH KANAN PALING ATAS TQ :))




MERINGUE KISSES

BAHAN-BAHAN
1 biji putih telur
1/4 cawan gula halus

CARA- CARA
1. putih telur diputar sehingga berbuih, Masukkan gula sikit demi sikit dan putar lagi dengan kelajuan tinggi sehingga putih telur menjadi kental dan kaku.
2. cara nak buat swirl tu macam gambar kat bawah.. lepas tu boleh pipekan kat parchement paper atau silicon pad..dan bakar dalam 40 minit suhu 110C itu ikut suhu oven wani.. tapi tengok la jugak ya ...
3. bila dah bakar,, tinggalkan dalam oven sekejap dalam 1- 2 jam

NOTA: dalam resepi, bakar dalam 8 - 10 minit jer tapi bergantung kita pipekan size meringue tu.. 


sumber : SINI

Komen
1 Komen

1 comment:

Bbwana adienia said...

Nampak macam senang nak buat ni..menarik pula meringue kisses ni..comel..hihi

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign