PAU LAGI !!!!

ASSALAMUALAIKUM....


salam semua ..dah masuk cuti sekolah selamat bercuti ya ... entry tertunggak hii buat pau lagi untuk kali kedua .. dah mula nak addicted dah ..kalau dulu tak ada minat pun nak buat pau ni kecik2 dulu bonda wani selalu buat..  wani masih lagi guna resepi yang sama cuma kali ini ..first batch wani kukus pau bertukar warna kuning batch kedua dan ketiga putih pulak ...pelik bin ajaib.. masih ada lagi baki tepung pau ni bila la nak mengepau lagi ..wani masih guna resepi yang sama.. dan kali ini ada inti daging kat dalam ..wani post lagi kat sini ya,..

walau banyak kerja asyik main tunggu tunggu tapi seronok pulak dan kita boleh letak filling apa yang kita suka... setakat ni  wani jumpa resepi ni yang sedap .. wani hanya share resepi pau jer ..resepi inti kat dalam tu rasa ramai orang yang dah boleh buat.. wani buat yang simple2 jer hiii ..
selamat mencuba dan selamat berhujung minggu...





PAU

BAHAN-BAHAN

300gm tepung pau
3g baking powder
3gm yis
30g gula castor
160ml air
15gm minyak sayur

CARA - CARA
1. ayak tepung pau dan baking powder ke dalam satu mangkuk besar . masukkan  yis, gula castor dan gaul rata.
2. buatkan lubang di tengah tengah campuran tepung tambah air dan gaul rata hingga berbentuk doh. pindahkan doh ke atas papan yang ditabur tepung. uli doh sehingga doh menjadi bentuk bola dan permukaan tu sampai tak melekat.
3. masukkan minyak sayur dan sambung menguli sampai la doh tu menjadi kenyal sampai kita tarik doh tu dia tak mudah nak terkoyak.. kalau tak boleh sambung menguli sampailah doh tu agak elastik.
4. bentukkan doh menjadi bulatan dan masukkan dalam mangkuk.. tutup dengan cling wrap dan biarkan selama 1 jam ( wani perap dalam 1 jam lebih ) 15 minit pun tak apa asalkan doh tu menjadi 2 kali ganda.
5. tumbuk doh dan uli ringan doh untuk keluarkan angin.bahagikan doh kepada bulatan kecil berbentuk bola berat 40 gm. uli setiap bola kecil dan masukkan inti yang disukai dan tutup dengan elok letak atas kertas paper cup yang besar.. wani guna paper cup..
6. rehatkan doh selama lebih kurang 30 minit sebelum kukus.. kukus pau dalam 10 - 15 minit..

1 Comments

  1. salam wani..

    wana tag awak,
    http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award-tagged-by.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post