03 August 2014

RAINBOW CHIFFON CAKE DAN SELAMAT HARI RAYA 2014

ASSALAMUALAIKUM..


Salam semua ..

selamat berhujung minggu dan salam 7 syawal.. selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua rakan rakan maya yang mengenali diri ini .. tahun ni lambat sikit wish dah masuk raya ke7 baru teringat eh dekat blog tak update apa pun ish ish... alhamdulillah raya tahun ni bersederhana je bagi family wani.. kek dan biskut wani tak buat apa pun .. sebab adik dah beli siap.. jadinya kakaknya goyang kaki jer hiii..adei ke situ pulak dan semestinya dah ramai orang mula berpuasa 6 insyaallah kita raya sekali lagi ... syawal masih lagi ada...  nampak meriah raya kawan kawan semua .. tanda Malaysia masih aman syukur padamu ya Allah .. jangan lupa selitkan doa untuk saudara saudara islam kita di Gaza... wani tak boleh tengok  memang sedih..huhu.. ku tak mampu hanya doa ku panjatkan ke hadrat ilahi.

oklah ya beralih kepada resepi tertunggak... masih lagi kek ..tapi kek rainbow chiffon..dah lama dah buat nih..wani buat kek ni tak guna flavor apa pun cuma letak coloring je nak bagi nampak rainbow..
oklah ya tak boleh panjang panjang nanti mood ke laut pulak...



RAINBOW CHIFFON CAKE
SOURCE: SITI DELIMA

Rainbow Chiffon Cake
Sumber : My Kitchen Snippets
Diolah : Che CT

Bahan-bahan A :
4 biji kuning telur A
50 gm gula kastor
20 gm susu tepung
20 gm tepung jagung
150 gm tepung kek
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil garam
100 ml minyak jagung / masak
100 ml santan

Bahan-bahan B :
4 biji putih telur A
120 gm gula kastor
1 sudu kecil cream tartar / garam

Bahan-bahan C - Untuk corak pelangi

sedikit pewarna hijau - sedikit perisa pandan
sedikit pewarna pink - sedikit perisa strawberry
sedikit pewarna kuning - sedikit perisa lemon
Sedikit pewarna oren - sedikit perisa oren + 1 sudu kecil parutan kulit oren

Cara-cara :

1. Ayak tepung kek, tepung jagung, susu tepung, garam dan baking powder dan ketepikan.
2. Satukan minyak jagung/masak dan santan, kacau rata.

3. Dalam mangkuk pukul kuning telur bersama 50 gm gula hingga sebati dan kembang. Tambahkan santan dan minyak yang telah disatukan tadi dan pukul rata dengan whisk, dan tambahkan adunan kering kedalamnya dan pukul lagi hingga sebati dan lembut.
4. Bahagikan adunan kuning telur tadi kepada 4 bahagian sama rata. Dan letak pewarna dan perisa. Kacau dengan perlahan-lahan dan ketepikan. Panaskan suhu oven 170 C, guna kipas jika ada.
5. Dalam mangkuk yang bersih putar semua bahan-bahan B sehingga kembang dan gebu (soft peak).
6. Bahagikan adunan putih telur tadi kepada 4 bahagian dan campurkan kedalam adunan yang  telah diwarnakan tadi. Kacau perlahan-lahan  hingga rata.
7. Masukkan adunan tadi kedalam loyang chiffon dan bakar selama 50- 60 minit atau hingga masak. Uji dengan lidi jika keluar bersih kek sudah masak.
8. Bila kek telah masak, keluarkan dari oven dan terus terlangkupkan diatas rak dawai. Biarkan kek dalam keadaan terbalik sehingga betul-betul sejuk.
9. Jika masih melekat, jalankan pisau nipis disekeliling loyang dengan gerakkan lurus. Potong kek dengan mengunakan pisau bergerigi.


Komen
2 Komen

2 comments:

Bbwana adienia said...

Assalam wani sayang..
Selamat hari raya dan maaf zahir batin.0-0 ya..apapun, rainbow chiffon kek tu serious cantik..suka tengok colorful

Gee® said...

Cantiknya....

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign